Baktisiswa

 

Maklumat trip perjalanan Baktisiswa bersama EZ kembara

Hubungi kami untuk makluman jadual perjalanan yang telah rombongan anda tentukan

Nota :

  1. Harga bagi Musim Puncak (Peak Season), tambahan sebanyak RM 200.
  2. Minimum peserta rombongan adalah 20 orang.
  3. Tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya 6 bulan daripada tarikh bertolak. Bagi tempahan yang dibuat kurang daripada 6 bulan, harga di atas tidak terpakai. Invois akan dikeluarkan berdasarkan harga semasa tiket penerbangan.
  4. Wang pendahuluan yang digunakan untuk tempahan tiket penerbangan tidak akan dipulangkan.
  5. Slot yang diperuntukkan kepada pelajar adalah slot bersama masyarakat perkampungan Islam. Program dan bahan program adalah sepenuhnya persediaan daripada pelajar.
  6. Tertakluk terma dan syarat.

Pakej Termasuk :

  1. Tiket Penerbangan pergi balik (Peruntukan bagasi mengikut penerbangan)
  2. Penginapan
  3. Pengangkutan
  4. Tiket masuk destinasi lawatan
  5. Makan sepanjang trip seperti yang tertera di dalam itinerari pakej
  6. Tip-tip pemandu pelancong dan pemandu bas
  7. 1 botol mineral dalam bas setiap hari
  8. Takaful perjalanan

Pakej Tidak termasuk :

  1. Selain yang dinyatakan di atas
  2. Perbelanjaan peribadi

Nota penting untuk trip:

  1. Bilik air tidak disediakan paip (bagi Kembara Korban Vietnam dan Kemboja). Sediakan botol kosong untuk kemudahan bersuci bagi lokasi yang memerlukan.

  2. Peserta digalakkan membawa botol spray untuk kegunaan berwhudhu’ di lokasi-lokasi yang memerlukan.

  3. Mata wang yang digunakan ;

  4. Banda Aceh : Indonesian Rupiah (IDR)
    Vietnam : US Dollar (USD) , Vietnamese Dong (VND) dan *Ringgit Malaysia (MYR)
    Kemboja : US Dollar (USD) dan Cambodian Riel (KHR)

    *MYR boleh digunakan di kawasan membeli-belah seperti Pasar Ben Than. Matawang di lokasi rasmi seperti lapangan terbang dan hotel hanya menerima matawang USD dan Dong sahaja.

  5. Semak detail pengenalan diri di portal Senarai Hitam Imigresen bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang tidak dijangka.

  6. Pastikan tarikh tamat Passport Antarabangsa adalah sah sekurang-kurangnya 6 bulan melebihi daripada tarikh hari bertolak.

  7. Bawa pakaian yang bersesuaian mengikut musim bagi keselesaan sepanjang percutian.

  8. Pastikan berat bagasi tidak melebihi peruntukan bagasi yang ditetapkan. Sebarang bayaran akibat berat bagasi yang berlebihan adalah tanggungan peserta.

Hari Bertolak :

  • Peserta akan diminta berkumpul di ruang legar berhampiran kaunter daftar masuk selewat-lewatnya 4 jam sebelum bertolak. Urusetia EZ Kembara akan berada berhampiran dengan memegang bendera EZ Kembara berwarna merah putih.
  • Simpan nombor telefon whatsapp (Pejabat) 013-673 9000 bagi sebarang tujuan kecemasan

Galeri