Palestin

Kembara Palestin

BAITULMAQDIS – HEBRON – JERUSALEM – BETHLEHEM –NAZARETH – TIBERIAS – HAIFA – RAMALLAH – TEL AVIV & JORDAN SERTA SOLAT JUMAAT DI AL-AQSA

Jadual Penerbangan

PERGI RJ 181 22 APR.2013 KUL / AMM 22.10PM / 05.15AM
BALIK RJ 180 29 APR.2013 AMM / KUL 01.05AM / 18.35PM

Tentatif Program

HARI 01 (22 April 2013) : KUALA LUMPUR – AMMAN

Berkumpul di KLIA pada jam 7.00 petang. Check in bagasi. Jemaah akan menerima boarding pass serta taklimat ringkas. Jemaah bertolak untuk penerbangan ke Amman Airport pada jam 10.10 malam. Tiba di Amman Airport pada jam 5.15 pagi, insyaAllah.

HARI 02 (23 April 2013) : AMMAN – ALLENBY BRIDGE – JERICHO – NAZARETH

Selepas sarapan pagi, jemaah akan dibawa ke Alleby Bridge. Setibanya di Allenby bridge, jemaah akan di bawa ke Jericho untuk melawat maqam Nabi Musa as dan masjid serta makan tengahari di sana. kemudian ke Nazareth untuk bersiar-siar dan melawat Cana serta menikmati makan malam dan bermalam di Nazareth. (SP/ MT/ MM)

HARI 03 (24 April 2013): NAZARETH – TIBERIAS – TEL AVIV

Mengemas bagasi dan sarapan pagi. Selepas jemaah akan di bawa pula ke Tiberias menaiki bot di Laut Galilee dan dibawa melawat sekitar Tasik Kapernaum, Yardenit dan makan tengahari di St.Peter’s Fish. Selepas itu melawat Hittin, iaitu tempat berlakunya peperangan salib (tentera Salahudin Al ayyubi mengalahkan tentera kafir). Selepas itu, jemaah akan di bawa pula ke Haifa dimana kita akan dibawa melewati di Caisarea dan Aqueduct Amphitheatre. Kemudian jemaah akan dibawa untuk menikmati Makan malam. Check in hotel dan bemalam Tel Aviv. (SP/MT/MM)

HARI 04 (25 April 2013) : TEL AVIV – HEBRON – JERUSALEM

Selepas sarapan pagi, Jemaah akan dibawa melawat sekitar Tel Aviv dan melalui Bandar Luddun (tempat Nabi Isa bunuh Dajjal). Makan tengahari di restoran tempatan. Kemudian Jemaah akan di bawa melawat ke Hebron, untuk melawat masjid Ibrahim El Khalili disitu terdapat masjid dan makam Nabi Ibrahim bersama isterinya Sarah iaitu ibu Nabi Ishak, makam Nabi Ishak dan isterinya Laiqah dan makam anak Nabi Ishak iaitu Nabi Yaacob bersama isterinya Rifqah. Disitu juga terdapat tapak kaki Nabi Ibrahim. Kemudian ke Jerusalem. Solat Maghrib dan Isya’ di Al Aqsa. Seterusnya menikmati Makan Malam. (SP/MT/MM)

HARI 05 (26 April 2013) : JERUSALEM

Sarapan pagi, bertolak ke maqam Nabi Daud, kemudian bertolak ke masjid Al-Aqsa dan Dome Of The Rock. Disitu terdapat batu tergantung dan dua masjid bawah tanah. Pertama masjid Al-Marwan berusia 1600 tahun dan disebelahnya masjid asal Al-Aqsa berusia 3500 tahun. Solat Jumaat Al-Aqsa. Kemudian melawat Wailing Wall iaitu cara orang yahudi sembahyang dengan menghantukkan kepala kedinding Baitul Maqdis. Disitu juga terdapat terowong yang digali oleh yahudi dengan tujuan untuk ke masjid Al-Aqsa. Kemudian melawat makam Rabiatul Al-Adawiyah dan melawat masjid serta makam sahabat Nabi Muhammad iaitu Salman Al-Farisi (sahabat yang mencadangkan membina parit ketika perang khadak). Check in hotel makan malam dan bersembahyang maghrib dan isyak di Al-Aqsa kerana hotel berdekatan dengan Baitul Maqdis (10 minit jalan kaki) (SP/MT/MM)

HARI 06 (27 April 2013) : JERUSALEM – BETHLEHEM- RAMALLAH

Selepas sarapan pagi, para jemaah akan dibawa ke Bethlehem untuk melawat tempat kelahiran Saidina Isa dan makan tengahari di sana.Selepas itu, para jemaah akan dibawa menuju ke Ramallah. Melawat kubur Yasser Arafat dan shopping di Ramallah. Kembali ke Jerusalem untuk menikmati makan malam. Bermalam di Jerusalem. (SP/MT/MM)

HARI 07 (28 April 2013) : JERUSALEM – ALLENBY BRIDGE – AMMAN

Solat subuh di Al Aqsa. Check out, sarapan pagi. Lawatan di sekitar Jerusalem. Para jemaah akan di bawa ke Allenby Bridge untuk berlepas ke Amman. Setibanya di Amman Jemaah akan di bawa untuk lawatan ke Dead Sea dan Makan tengahari disitu. Jemaah dibenarkan mandi dan merendam kaki. Selepas makan tengahari jemaah akan di bawa melawati Gua Ashabul Kahfi, Maqam Nabi Shuib dan masjid Sultan Abdullah. Makan malam di Chinese Restaurant sebelum berangkat ke Queen Alia International Airport untuk penerbangan pulang ke tanah air pada jam 1:05 pagi. Check in bagasi dan mengambil boarding pass. (SP/MT/MM)

HARI 08 (29 April 2013) : AMMAN – KUALA LUMPUR

Bertolak ke Kuala Lumpur pada jam 1.05 pagi. Dijangka tiba di KLIA pada jam 6.35 petang. Insya ALLAH.

PENGINAPAN

# Jeruselam : Holly Land Hotel (3*)
# Nazareth : Rimonim Hotel (3*)
# Tel Aviv : Grand Beach Hotel (3*)

HARGA (Termasuk)

# Tiket pergi & balik dengan penerbangan Royal Jordan (ekonomi class)
# Penginapan di Jerusalem, Petra, Amman
# Makan & Minum seperti di dalam jadual
# Pengangkutan seperti di dalam aturcara * Jordan tax 2x* Jerusalem visa
# Allenby Bridge tax
# Tips-tips (pemandu pelancong di Jordan & Palestin, pemandu bas di Jordan, Palestin, pengurusan di sempadan Jordan & Palestin, pelayan di restoran Jordan & Palestin, urusan di airport Jordan ketika sampai dan bertolak ke Malaysia)

HARGA (Tidak Termasuk)

# Lebihan bagasi ( 23kg seorang)
# Lawatan tambahan ke Ramallah iaitu pemerintahan Palestin USD20 seorang (jika masa mengizinkan)

POLISI PEMBAYARAN

# Jika Berminat, bayaran deposit sebanyak RM500.00 hendaklah dijelaskan.
# 14 hari sebelum tarikh berlepas, bayaran penuh hendaklah dijelaskan.
# Pembayaran hendaklah dibuat dalam bentuk tunai ke akaun bank syarikat kami atau datang ke syarikat kami di seperti alamat di bawah.

DASAR PEMBATALAN

# Sebelum 7 hari Berlepas: lawatan 50% bayaran balik tambang
# Sebelum 3 hari Berlepas: lawatan 30% bayaran balik tambang
# Dibatalkan pada hari berlepas: pelancongan tambang 0% bayaran balik
# Kadar anak hanya 12 tahun ke bawah :
# Berkongsi bilik dengan anggota yang lain, sebagai kadar dewasa.
# Dengan penghunian katil tambahan, 75% dari kadar orang dewasa.
# tanpa katil, 50% dari kadar orang dewasa.
# Bayi di bawah 2 tahun, FOC.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1. Deposit RM500.00 ke akaun EZ Kembara Sdn. Bhd.
# Maybank : 5624-0510-2464
# Bank Islam : 1222-501000-2345
2. Emailkan/poskan bukti pembayaran
3. Salinan Passport (tarikh sah perjalanan melebihi 6 bulan daripada tarikh berlepas)
4. Salinan Kad Pengenalan
5. Gambar 4 keping (latarbelakang biru, saiz passport)