Korea

 

Maklumat trip perjalanan Korea bersama EZ kembara

Tarikh perjalanan 2018 – 2019 : Hubungi talian pejabat untuk info lanjut.
Nota : Harga bagi Musim Puncak (Peak Season) : pertambahan sebanyak RM200 daripada harga pakej biasa.

Pakej Termasuk :

  1. Tiket Penerbangan pergi balik (Peruntukan bagasi 20kg seorang)
  2. Hotel 3 bintang dan 4 bintang
  3. Pengangkutan bas berhawa dingin
  4. Tiket masuk destinasi lawatan
  5. Makan sepanjang trip seperti yang tertera di dalam itinerari pakej
  6. Tip-tip pemandu pelancong dan pemandu bas
  7. 1 botol mineral dalam bas setiap hari
  8. Takaful perjalanan

Pakej Tidak termasuk :

  1. Selain yang dinyatakan di atas
  2. Perbelanjaan peribadi
  3. Peralatan dan pakaian Ski (Musim Sejuk)

Nota penting untuk trip ke Korea :

  1. Tuala yang disediakan di hotel berbentuk mini tuala. Bawa tuala persendirian bagi keselesaan masing-masing.
  2. Bilik air di Korea tidak menggunakan paip air. Sediakan botol kosong untuk kemudahan bersuci.
  3. Peserta digalakkan membawa botol spray untuk kegunaan berwhudhu’ di lokasi-lokasi yang memerlukan.
  4. Mata wang yang digunakan di Korea adalah US Dollar dan KRW (Won). Buat tukaran mata wang sebelum hari bertolak.
  5. Semak detail pengenalan diri di portal Senarai Hitam Imigresen bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang tidak dijangka.
  6. Pastikan tarikh tamat Passport Antarabngsa adalah sah sekurang-kurangnya 6 bulan melebihi daripada tarikh hari bertolak.
  7. Bawa pakaian yang bersesuaian mengikut musim bagi keselesaan sepanjang percutian. Peserta digalakkan memakai kasut yang selesa (termasuk mudah dibuka dan dipakai semula kerana kebanyakan lokasi tempat makan tempatan perlu membuka kasut sebelum masuk ke dalam restoren) dan tidak mudah basah.
  8. Peserta juga digalakkan untuk memakai baju sejuk jenis kalis air sebagai langkah keselesaan ketika waktu hujan.
  9. Pastikan berat bagasi tidak melebihi peruntukan bagasi yang ditetapkan. Sebarang bayaran akibat berat bagasi yang berlebihan adalah tanggungan peserta.

Hari Bertolak :

  • Peserta akan diminta berkumpul di ruang legar berhampiran Starbuck yang kedua, KLIA 2 selewat-lewatnya 4 jam sebelum bertolak. Urusetia EZ Kembara akan berada berhampiran dengan memegang bendera EZ Kembara berwarna merah putih.
  • Simpan nombor telefon whatsapp (Pejabat) 013-673 9000 bagi sebarang tujuan kecemasan

Galeri

Open Chat
1
Close chat
Hello! Terima kasih kerana melawat kami. Sila tekan butang ENTER untuk bersembang dengan staff kami :)

Start

error: Content is protected !!