Pakej CSR

CSR (Corporate Social Responsibility)

 

Maklumat trip perjalanan CSR bersama EZ Kembara

Hubungi kami untuk makluman jadual perjalanan yang telah rombongan anda tentukan

Bilangan Hari Banda Aceh Kemboja Vietnam
5 Hari 4 Malam 2390 2690 2690
4 Hari 3 Malam 2090 2390 2390
3 Hari 2 Malam 1890 2090 2090

Destinasi (Harga seorang dalam RM)

Nota :

  1. Harga bagi Musim Puncak (Peak Season), tambahan sebanyak RM 200.
  2. Minimum peserta rombongan adalah 20 orang.
  3. Tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya 3 bulan daripada tarikh bertolak. Bagi tempahan yang dibuat kurang daripada 3 bulan, harga di atas tidak terpakai. Invois akan dikeluarkan berdasarkan harga semasa tiket penerbangan.
  4. Wang pendahuluan yang digunakan untuk tempahan tiket penerbangan tidak akan dipulangkan.
  5. Bentuk program rombongan perlulah bersesuaian dengan sumber yang boleh disediakan EZ Kembara pada kos yang telah diperuntukkan di setiap negara. Sebarang tambahan perkhidmatan yang dipohon dan mempunyai kos tambahan perlulah ditanggung oleh pihak rombongan
  6. Tertakluk terma dan syarat.

Pendaftaran :

  1. Tarikh perjalanan rombongan akan disemak terlebih dahulu sebelum disahkan oleh pihak EZ Kembara.
  2. Bagi tarikh perjalanan yang telah disahkan, bayaran deposit perlu dibuat sebanyak RM500 seorang ke akaun atas nama EZ KEMBARA SDN BHD seperti berikut :
    • Maybank : 5624-0570-2464
    • Bank Islam : 1222-50-1000-2345
  3. Hantarkan slip bayaran dan Salinan muka depan Passport Antarabangsa bagi semua peserta rombongan melalui email ke admin@ezkembara.com atau ezkembara@gmail.com .
  4. Isikan senarai “Room List” rombongan yang diberikan dan hantarkan semula melalui email. Bilik yang disediakan adalah untuk berdua atau bertiga sahaja (bagi penginapan di hotel). Berikut merupakan pilihan jenis katil yang perlu diletakkan di dalam senarai :
    • Double bed : 1 Katil Queen (Untuk bilik berdua)
    • Twin Bed : 2 Katil Single (Untuk bilik berdua)
    • Triple Bed : 1 Katil Queen dan 1 Katil Single (Untuk bilik bertiga)
  5. Baki bayaran penuh bagi pakej perlu dibuat selewat-lewatnya 45 hari sebelum bertolak bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang tidak diingini berlaku.

Pakej Termasuk :

  1. Tiket Penerbangan pergi balik (Kelas Ekonomi. Peruntukan bagasi adalah sebanyak 20kg pergi balik bagi seorang)
  2. Penginapan
  3. Pengangkutan
  4. Tiket masuk destinasi lawatan
  5. Makan sepanjang trip seperti yang tertera di dalam itinerari pakej
  6. Tip-tip pemandu pelancong dan pemandu bas
  7. 1 botol mineral dalam bas setiap hari
  8. Takaful perjalanan

Pakej Tidak termasuk :

  1. Selain yang dinyatakan di atas
  2. Caj peribadi di hotel seperti dobi, penggunaan telefon dan lain-lain

Nota penting untuk trip:

  1. Bilik air di lokasi rasmi seperti lapangan terbang dan lokasi lawatan tidak disediakan paip (bagi Kembara Korban Vietnam dan Kemboja). Sediakan botol kosong untuk kemudahan bersuci bagi lokasi yang memerlukan.

  2. Peserta digalakkan membawa botol spray untuk kegunaan berwhudhu’ di lokasi-lokasi yang memerlukan.

  3. Mata wang yang digunakan ;

    + Banda Aceh : Indonesian Rupiah (IDR)
    + Vietnam : US Dollar (USD) , Vietnamese Dong (VND) dan *Ringgit Malaysia (MYR)
    + Kemboja : US Dollar (USD) dan Cambodian Riel (KHR)

    *MYR boleh digunakan di kawasan membeli-belah seperti Pasar Ben Than. Matawang di lokasi rasmi seperti lapangan terbang dan hotel hanya menerima matawang USD dan Dong sahaja.

  4. Semak detail pengenalan diri di portal Senarai Hitam Imigresen bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang tidak dijangka.

  5. Pastikan tarikh tamat Passport Antarabangsa adalah sah sekurang-kurangnya 6 bulan melebihi daripada tarikh hari bertolak.

  6. Bawa pakaian yang bersesuaian mengikut musim bagi keselesaan sepanjang percutian.

  7. Pastikan berat bagasi tidak melebihi peruntukan bagasi yang ditetapkan. Sebarang bayaran akibat berat bagasi yang berlebihan adalah tanggungan peserta.

Hari Bertolak :

  • Peserta akan diminta berkumpul di ruang legar berhampiran kaunter daftar masuk selewat-lewatnya 4 jam sebelum bertolak. Urusetia EZ Kembara akan berada berhampiran dengan memegang bendera EZ Kembara berwarna merah putih.
  • Simpan nombor telefon whatsapp (Pejabat) 013-673 9000 bagi sebarang tujuan kecemasan

Galeri

error: Content is protected !!