Pakej Umrah

 

Maklumat trip perjalanan Umrah bersama EZ kembara

Tarikh perjalanan 2018 – 2019 :

Umrah Akhir Tahun Tarikh
2018 28 November – 09 Disember
2019 28 November – 09 Disember

Jadual perjalanan tertakluk kepada pindaan

Penting :

  1. Harga pakej tertakluk kepada pindaan semasa yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.
  2. Harga pakej termasuk kos visa Umrah bagi yang pertama kali sahaja atau lebih daripada tempoh 2 tahun daripada Umrah yang sebelumnya. Bagi Jemaah yang pernah melaksanakan Umrah dalam tempoh 2 tahun, caj tambahan sebanyak 2000 Saudi Riyal* akan dikenakan.

*Caj semasa yang dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi bagi Jemaah yang melaksanakan Umrah melebihi satu kali dalam tempoh 2 tahun Hijriah berturut-turut.

Pakej Termasuk :

  1. Tiket Penerbangan pergi balik (Kelas Ekonomi)
  2. Hotel di Madinah dan Makkah
  3. Pengangkutan bas berhawa dingin
  4. Makan 3 Kali sehari di Madinah dan Makkah
  5. Medic Pilgrim
  6. Takaful Perjalanan
  7. 5 Liter Air Zam-zam
  8. Set cenderahati Umrah
  9. Kursus Umrah

Pakej Tidak termasuk :

  1. Selain yang dinyatakan di atas
  2. Bagasi melebihi had peruntukan
  3. Caj peribadi di hotel : penggunaan dobi, telefon dan lain-lain

Maklumat untuk Pendaftaran :

1.  Dokumen asas yang diperlukan untuk setiap jemaah :

  • Passport Antarabangsa (tarikh sah sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum perjalanan dan mempunyai sekurang-kurangnya enam (6) helai muka surat yang kosong.
  • Buku / Surat Pengesahan suntikan Meninggococal Meningitis ACYW 135.
  • Empat (4) keping gambar berukuran 6 x 4 cm (Latar belakang berwarna putih, tanpa memakai songkok/kopiah bagi lelaki dan bertudung gelap bagi wanita)
  • Bukti bayaran awal (Deposit) sebanyak RM1000 bagi setiap jemaah

Klik di sini untuk rujukan dokumen tambahan yang diperlukan (bagi Jemaah yang bersama mahram)

2.  Serahan dokumen dan baki bayaran penuh perlu dibuat selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh perjalanan.
3.  Klik di sini untuk Senarai Persiapan Umrah.
4.  Klik di sini untuk borang pendaftaran Umrah yang perlu diisikan dan dihantar bersama dokumen serahan

Nota penting untuk perjalanan Umrah :

  1. Semak detail pengenalan diri di portal Senarai Hitam Imigresen bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang tidak dijangka.
  2. Pastikan tarikh tamat Passport Antarabngsa adalah sah sekurang-kurangnya 6 bulan daripada tarikh hari bertolak.
  3. Mata wang yang digunakan adalah Saudi Riyal (SR). Buat tukaran mata wang sebelum hari bertolak.
  4. Peserta digalakkan membawa botol spray untuk kegunaan berwhudhu’ di lokasi-lokasi yang memerlukan.
  5. Bawa pakaian yang secukupnya mengikut peruntukan bagasi dan bersesuaian mengikut musim bagi keselesaan sepanjang ibadah.
  6. Pastikan berat bagasi tidak melebihi peruntukan bagasi yang ditetapkan. Sebarang bayaran tambahan bagi berat bagasi yang berlebihan adalah tanggungan peserta.

Hari Bertolak :

  • Peserta akan diminta berkumpul di ruang legar berhampiran pintu 5, KLIA selewat-lewatnya 4 jam sebelum bertolak. Urusetia EZ Kembara akan berada berhampiran dengan memegang bendera EZ Kembara berwarna merah putih.
  • Simpan nombor telefon whatsapp (Pejabat) 013-673 9000 bagi sebarang tujuan kecemasan

Galeri

error: Content is protected !!