Turki

 

Maklumat trip perjalanan Turki bersama EZ kembara

Tarikh perjalanan 2018 – 2019 : Hubungi talian pejabat untuk info lanjut.
Nota : Harga bagi Musim Puncak (Peak Season) : pertambahan sebanyak RM300 daripada harga pakej biasa.

Pakej Termasuk :

  1. Tiket Penerbangan pergi balik (Peruntukan bagasi mengikut penerbangan)
  2. Hotel 4 bintang dan 5 bintang
  3. Pengangkutan bas berhawa dingin
  4. Tiket masuk destinasi lawatan
  5. Makan sepanjang trip seperti yang tertera di dalam itinerari pakej
  6. Tip-tip pemandu pelancong dan pemandu bas
  7. 2 botol mineral dalam bas setiap hari
  8. Takaful perjalanan

Pakej Tidak termasuk :

  1. Selain yang dinyatakan di atas
  2. Perbelanjaan peribadi
  3. Hot Air Balloon USD230 seorang

Nota penting untuk trip

  1. Bilik air tidak disediakan paip. Sediakan botol kosong untuk kemudahan bersuci bagi lokasi yang memerlukan.
  2. Peserta digalakkan membawa botol spray untuk kegunaan berwhudhu’ di lokasi-lokasi yang memerlukan.
  3. Mata wang yang digunakan di Turki adalah Turkish Lira (TRY). Di kawasan tumpuan pelancong, mata wang Euro boleh digunakan. Buat tukaran mata wang sebelum hari bertolak.
  4. Semak detail pengenalan diri di portal Senarai Hitam Imigresen bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang tidak dijangka.
  5. Pastikan tarikh tamat Passport Antarabangsa adalah sah sekurang-kurangnya 6 bulan melebihi daripada tarikh hari bertolak.
  6. Bawa pakaian yang bersesuaian mengikut musim bagi keselesaan sepanjang percutian. Peserta digalakkan memakai kasut yang selesa (termasuk mudah dibuka dan dipakai semula kerana kebanyakan lokasi tempat makan tempatan perlu membuka kasut sebelum masuk ke dalam restoren) dan tidak mudah basah.
  7. Peserta juga digalakkan untuk memakai baju sejuk jenis kalis air sebagai langkah keselesaan ketika waktu hujan.
  8. Pastikan berat bagasi tidak melebihi peruntukan bagasi yang ditetapkan. Sebarang bayaran akibat berat bagasi yang berlebihan adalah tanggungan peserta.

Hari Bertolak :

  • Peserta akan diminta berkumpul di ruang legar berhampiran kaunter daftar masuk selewat-lewatnya 4 jam sebelum bertolak. Urusetia EZ Kembara akan berada berhampiran dengan memegang bendera EZ Kembara berwarna merah putih.
  • Simpan nombor telefon whatsapp (Pejabat) 013-673 9000 bagi sebarang tujuan kecemasan

Galeri

Open Chat
1
Close chat
Hello! Terima kasih kerana melawat kami. Sila tekan butang ENTER untuk bersembang dengan staff kami :)

Start

error: Content is protected !!