Dubai

  • Penerbangan Emirates
  • Penginapan 4 malam di Hotel bertaraf 4*
  • Mengunjungi bandar Sharjah yang merupakan Ibukota Budaya
  • Dunia Arab
  • Mengunjungi bandar Dubai yang berprestij dunia
  • Menziarahi Masjid Sheikh Zayed Abu Dhabi yang terunggul di dunia
  • Pengalaman 4WD Dessert Safari
  • Mengunjungi Dubai Mall yang terbesar di dunia
  • Membeli-belah di souk-souk tempatan
  • Menikmati masakan Mandi Arab yang lazat

HARI PERTAMA: KLIA – DUBAI - SHARJAH

Berkumpul di KLIA untuk penerbangan ke Dubai. Setibanya di Dubai, kita akan menuju ke bandar Sharjah (yang dikenali sebagai Ibu Kota Budaya Dunia Arab) dan daftar masuk hotel. Pada sebelah petang,

lawatan ke Blue Souk yang mana seni bina kopleks ini berasaskan jubin biru dan merupakan tempat yang diminati orang tempatan.

Makan: Makan Malam

HARI KEDUA: SHARJAH - DUBAI

Aturcara Sharjah hari ini bermula dengan sesi bergambar di Buhaira Corniche sambil menikmati pemandangan waterfront yang indah. Seterusnya, lawatan ke Muzium Tamadun Islam. Muzium ini, dibuka pada tahun 2008, ia mempunyai lebih daripada 5,000 artifak daripada Tamadun Islam. Koleksi termasuk kaligrafi, ukiran, seramik, syiling, kaca, manuskrip, kerja logam dan instrumen saintifik. Selepas itu, bergambar di Bulatan Quran yang merupakan salah satu simbol ikonik bandar Sharjah. Setelah makan tengahari, kita menuju ke Dubai dan bergambar di Dubai Frame (bingkai gambar yang terbesar di dunia).Seterusnya, berkunjung ke Leather dan Carpet Factory untuk persembahan fashion show dan membeli-belah.

Makan: Sarapan Pagi, Makan Tengahari & Makan Malam

HARI KETIGA: DUBAI – ABU DHABI - DUBAI

Bertolak ke Abu Dhabi untuk lawatan ke Kompleks Ferrari World. Di sini, anda berpeluang bergambar dengan kereta mewah Ferrari dan berkunjung ke Kedai Official Ferrari untuk mendapatkan koleksi cenderahati. Seterusnya, menziarahi masjid yang terbesar dan terunggul iaitu Masjid Sheikh Zayed. Solat di Plaza Sheikh Zayed. Setelah selesai, bergerak pulang ke Dubai dan dibawa untuk mengunjungi Global Village. Global Village merupakan satu pusat tarikan pelbagai budaya yang digemari seluruh dunia. *Global Village akan digantikan dengan Ibn Battuta Mall sekiranya tidak beroperasi

Makan: Sarapan pagi

HARI KEEMPAT: DUBAI

Lawatan ke Bandar Dubai yang moden yang mana ikon-ikon terunggul dunia dibina di kawasan ini seperti Burj Al Arab di pantai Jumeirah, Dubai Marina, Dubai Walk, The Palm Island dan banyak lagi. Peserta dapat menikmati kemewahan suasana di sini dan berkesempatan melawat Souk Madinat. Kemudian, bertolak balik ke hotel untuk acara seterusnya iaitu Dessert Safari di mana anda akan dibawa menaiki jeep pacuan empat roda ke padang pasir. Di sini, anda dapat menikmati pemandangan yang cantik, bermain dan bergambar di atas padang pasir dan seterusnya dibawa ke kem untuk bersantai sambil menikmati persembahan Belly Dance.
 
Makan: Sarapan Pagi, Makan Tengahari & Makan Malam

HARI KELIMA: DUBAI - KLIA

Masa lapang di hotel sehingga waktu daftar keluar. Aturcara terakhir ialah mengunjungi Kota Lama Dubai. Di sana, anda akan mengunjungi Kubu Al- Fahidi, kemudian menaiki Abra untuk melintasi sungai ke Souk Emas, Souk Rempah-Rempah dan Souk Naif. Seterusnya, kita menuju ke Dubai Mall, kompleks membeli-belah yang berprestij dunia. Di sini, anda juga bepeluang bergambar dengan akuarium gergasi, Burj Khalifa (bangunan tertinggi di dunia) dan Dubai Fountain yang terbesar di dunia. Selesai sudah acara pengembaraan kita berangkat ke lapangan terbang untuk penerbangan ke tanah air. Semoga semua membawa pulang kenagan terindah dari UAE.

Makan: Sarapan Pagi & Makan Tengahari

HARI KEENAM: KLIA

Ketibaan di KLIA

PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan pergi balik (30kg)
  • Cukai lapangan terbang dan YQ
  • Cukai Levi Perlepasan G1
  • Penginapan 4 malam di hotel 4*
  • Bayaran Dirham Pelancongan
  • Makan seperti dalam itinerari
  • Pengangkutan sepanjang perjalanan
  • Tiket masuk lawatan
  • Pemandu pelancong
  • Tipping

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Insurans Perjalanan (AIG 6-10 hari – Superior RM 109)
  • Insurans penerbangan
  • Makan yang tidak dinyatakan di dalam itinerari
  • Selain yang dinyatakan di atas

NOTA

  • Masa penerbangan tertakluk kepada perubahan sebelum berlepas
  • Itinerari tertakluk kepada pindaan bergantung keadaan semasa di lokasi lawatan
  • Kanak-kanak twin share dengan dewasa adalah bersamaan dengan harga dewasa
  • Minimum 15 orang penumpang untuk beroperasi setiap perlepasan
  • Lanjutan penerbangan dibenarkan dengan surcaj tambahan RM 300 (tertakluk pada ketersediaan tempat duduk dan perbezaan tambang jika ada & permintaan lanjutan penerbangan akan disahkan secara automatik jika tiada perbezaan tambang dikenakan)
  • Pindaan ejaan nama selepas tiket (14 hari sebelum berlepas) surcaj RM 600

TERMA & SYARAT

  • Deposit RM 1000 perpax
  • Bayaran penuh: 45 hari sebelum berlepas
  • Tempahan kurang daripada 45 hari: Bayaran penuh
  • Caj Pembatalan:
  • Lebih daripada 45 hari: Deposit akan dilucutkan
  • 31-44 hari: 50% harga tour dilucutkan
  • 15-30 hari: 75% harga tour dilucutkan
  • Kurang daripada 15 hari: 100% dilucutkan