Bangkok - Hua Hin (Thailand)

Hari Pertama

KUALA LUMPUR – BANGKOK (MT/MM)

  • Berkumpul di ruang legar pelepasan berhampiran Starbucks.
  • Taklimat dan daftar masuk bagasi.
  • Tiba di Lapangan Terbang Bangkok.
  • Makan tengahari di restoran halal dan meneruskan perjalanan ke hotel.
  • Daftar masuk hotel dan solat.
  • Lawatan di sekitar Bangkok.
  • Bersiar-siar di laluan bersejarah iaitu Ratchadamnoen Road.
  • Melawat ke Erawadee iaitu Pusat Perubatan Kosmetik Tradisional Thai.
  • Makan malam di restoran halal.
  • Membeli-belah di Pasar Malam Asiatique.
  • Balik semula ke hotel.

Hari Kedua:
SUNGAI CHAO PHRAYA / PUSAT PENGEKSPORT BARANG KEMAS / LADANG LEBAH (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Daftar keluar hotel.
  • Bertolak ke Chao Phraya.
  • Menyeberangi Sungai Chao Phraya dengan menaiki feri.
  • Lawatan ke pusat pengeksport barang kemas.
  • Singgah di ladang lebah.
  • Makan tengahari di restoran halal dan solat.
  • Bertolak ke Hua Hin.
  • Lawatan ke ladang biri-biri Swiss.
  • Membeli-belah di Pasar Malam Hua Hin.
  • Makan malam di restoran halal.
  • Daftar masuk hotel.

Hari Ketiga:
PANTAI HUA HIN / MEMORY HOUSE CAFÉ / MBK CENTER / DONKI MALL (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Daftar keluar hotel.
  • Bertolak ke Pantai Hua Hin untuk menikmati pemandangan yang indah.
  • Melawat Stesen Keretapi Hua Hin yang dikenali sebagai mercu tanda Hua Hin.
  • Makan tengahari di restoran halal dan solat.
  • Singgah di Memory House Café dan aktiviti bergambar.
  • Bertolak ke Bangkok semula.
  • Lawatan ke pasar makanan kering.
  • Membeli-belah di MBK Center dan Donki Mall.
  • Makan malam di restoran halal.
  • Daftar masuk hotel.

Hari Keempat:
BERTOLAK BALIK KE MALAYSIA (SP)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Daftar keluar hotel.
  • Betolak balik ke Kuala Lumpur.

Pakej Termasuk

  • Tiket Penerbangan pergi balik
  • Penginapan 3 malam
  • Makan seperti di dalam itinerari
  • Pemandu pelancong
  • Insurans kemalangan perjalanan
  • Tiket masuk lawatan seperti di dalam itinerari
  • Air mineral di dalam bas

Pakej Tidak Termasuk

  • Perbelanjaan peribadi
  • Insurans Covid-19

Terma dan syarat

  • Berkumpul di ruang legar pelepasan berhampiran Starbucks (ruang legar daftar masuk), KLIA2. Selewat-lewatnya 4 JAM SEBELUM BERLEPAS
  • Itinerari tertakluk kepada pindaan bergantung keadaan trafik perjalanan dan cuaca semasa
  • Harga tertakluk kepada pertukaran yang disebabkan oleh kenaikan tambang kapal terbang, kos pengangkutan lain, kadar hotel, kadar pertukaran mata wang asing, cukai kerajaan dan sebagainya