KEMBARA KORBAN DI ACEH, INDONESIA (5H4M)

Kembara Korban merupakan program lawatan seperti kembara lain dan ditambah dengan program Qurban. Kembara ini merupakan kembara tahunan yang memberi peluang kepada peserta yang terlibat untuk meneroka lokasi lawatan di samping menyaksikan ibadah sembelihan masing-masing bagi yang turut sama berdaftar untuk ibadah Qurban.

Kembara Korban di Aceh membawa para peserta menerokai lokasi tumpuan iaitu lokasi yang dibina semula daripada sisa-sisa tsunami yang meragut banyak nyawa suatu ketika dahulu. Banyak pengajaran yang boleh kita pelajari daripada lawatan ini dengan melihat sendiri gambaran sebenar.

HARGA: RM 2,490
TARIKH: 27/06/2023 – 01/07/2023
PENERBANGAN: AIR ASIA

HARI PERTAMA: KUALA LUMPUR – BANDA ACEH

Berkumpul di ruang legar pelepasan berhampiran Starbucks. Taklimat dan daftar masuk bagasi. Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Banda Aceh. Taklimat bersama wakil tempatan di ruang ketibaan. Meneruskan perjalanan ke Makam Massal Tsunami yang merupakan kubur mangsa tragedi Tsunami. Makan tengahari di restoran. Solat di Masjid Oman Al-Makmur. Daftar masuk hotel. Melawat Makam Ulama Syekh Abdurrauf Al Singkily dan singgah di Kapal Atas Bumbung untuk melihat kesan kejadian Tsunami. Solat di Masjid Raya Baiturrahman. Makan malam. Balik semula ke hotel.

Makan: Makan Tengahari & Makan Malam

HARI KEDUA: LAWATAN KE TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH
Sarapan pagi. Bertolak ke tempat bersejarah, Gunongan. Seterusnya, lawatan ke Muzium Aceh. Makan tengahari. Solat di Masjid Baiturrahhim. Melawat Muzium Tsunami, sebuah muzium yang berfungsi sebagai tempat untuk memperingati peristiwa-peristiwa yang dahsyat yang pernah melanda bumi Aceh. Lawatan ke Kapal Elektrik PLTD Apung. Makan malam di hotel. Balik semula ke hotel.

Makan: Sarapan Pagi, Makan Tengahari & Makan Malam

HARI KETIGA: HARI RAYA AIDILADHA

Sarapan pagi. Solat Hari Raya Aidiladha. Bertolak ke Dayah Darussalam. Program Qurban dan pengagihan Fidyah. Ramah mesra bersama pengurus, pelajar dan penduduk kampung. Makan tengahari di lokasi program. Makan malam. Balik semula ke hotel.

Makan: Sarapan Pagi, Makan Tengahari & Makan Malam

HARI KEEMPAT: LAWATAN DI KAMPONG NUSA DAN MEMBELI-BELAH

Sarapan pagi. Melawat Kampong Wisata atau nama lainnya adalah Kampong Nusa. Makan tengahari. Solat Jumaat di masjid yang berdekatan. Bertolak keluar untuk membeli belah sambil bersiar-siar. Makan malam. Balik semula ke hotel.

Makan: Sarapan Pagi, Makan Tengahari & Makan Malam

HARI KELIMA: BERTOLAK BALIK KE MALAYSIA

Sarapan pagi. Lawatan ke Masjid Baiturrrahman dan mengambil gambar. Membeli-belah terakhir di Pasar Aceh. Balik semula ke hotel. Daftar keluar hotel. Makan tengahari. Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Banda Aceh untuk penerbangan balik ke Malaysia.

Makan: Sarapan Pagi & Makan Tengahari

PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan pergi balik (Bagasi 20kg)
  • Penginapan di hotel
  • Pengangkutan sepanjang perjalanan
  • Makan seperti yang tertera di dalam itinerari
  • Tiket lawatan
  • Air mineral setiap hari di dalam bas
  • Insurans perjalanan
  • Insurans penerbangan
  • Pemandu pelancong

Pakej Tidak Termasuk

  • Harga Qurban (Bagi yang ingin melaksanakan Qurban di lokasi program pada hari Raya Aidiladha)
  • Harga Fidyah (Bagi yang ingin membuat sumbangan Fidyah di lokasi program)

NOTA

  • Itinerari tertakluk kepada pindaan bergantung keadaan semasa di lokasi lawatan.

Terma & Syarat

  • Sumbangan lain yang ingin dibawa, peserta perlu maklumkan pengurusan terlebih dahulu. Bagi sumbangan berbentuk barangan, peruntukan bagasi menggunakan peruntukan bagasi persendirian yang telah ditetapkan 20kg setiap seorang. Jika ada yang ingin membuat tambahan bagasi, sila maklumkan pengurusan untuk tujuan tempahan atas tanggungan sendiri.
  • Harga tertakluk kepada pertukaran yang disebabkan oleh kenaikan tambang kapal terbang, kos pengangkutan lain, kadar hotel, kadar pertukaran mata wang asing, cukai kerajaan dan sebagainya
  • Berkumpul di ruang legar pelepasan berhampiran Starbucks (ruang legar daftar masuk), KLIA2 selewat-lewatnya 4 JAM SEBELUM BERLEPAS.