Kembara Korban Bosnia Herzegovina

previous arrow
next arrow
Slider

 

KEMBARA KORBAN BOSNIA HERZEGOVINA 2020

Tarikh perjalanan : 29 Julai – 4 Ogos 2020
Tempoh : 7 Hari 6 Malam

Jadual Penerbangan

TARIKH

HARI

DESTINASI

PENERBANGAN

BERTOLAK

TIBA

29/07/2020

RABU

KUL-IST

TK63

1125

1640

Connection : 02 Jam 40 Minit

29/07/2020

RABU

IST-SJJ

TK1025

1920

2015

04/08/2020

SELASA

IST-KUL

TK1025

1415

1705

Connection : 01 Jam 40 Minit

04/08/2020

SELASA

IST-KUL

TK62

1845

0955+1

*Seret ke kanan dan kiri jadual di atas sekiranya anda membuka website melalui telefon

Harga Pakej

Dewasa

Kanak-kanak 7 - 11 Tahun

Kanak-kanak 2 – 6 Tahun

Bayi
(Bawah 2 Tahun)

RM 7,390

RM 6,990

RM 6,590

RM 3,100

*Seret ke kanan dan kiri jadual di atas sekiranya anda membuka website melalui telefon

Harga Qurban

1 Bahagian Lembu

1 Ekor Lembu

1 Ekor Kambing

RM 500

RM 3,500

RM1,000

*Seret ke kanan dan kiri jadual di atas sekiranya anda membuka website melalui telefon

Pakej Termasuk : Tiket penerbangan Turkish Airline pergi balik (Bagasi 30kg), penginapan hotel selesa, pengangkutan khas bas sepanjang kembara di Bosnia-Herzegovina, pemandu pelancong tempatan, ketua rombongan dari Malaysia, makan seperti di dalam itinerari, lawatan seperti di dalam itinerari, Insurans Penerbangan, Tipping dan cenderahati daripada EZ Kembara.

Pakej TIDAK Termasuk : Harga Qurban, perbelanjaan peribadi di hotel seperti dobi, telefon dan sebagainya. Dan selain yang dinyatakan di dalam Pakej Termasuk.

Pendaftaran : Boleh dibuat secara manual (Rujuk Itinerari) dan online.

Beri perhatian kepada Info penting berkaitan Kembara Korban Bosnia Herzegovina 2020 seperti berikut (Sebelum, Semasa dan Selepas):

A.SEBELUM

  1. Mohon cuti terlebih awal mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh syarikat/sekolah atau institusi yang memerlukan
  2. Sediakan Senarai Barang keperluan untuk mengembara
  3. Solat sunat Musafir sebelum keluar rumah/tempat kediaman
  4. Sewaktu pendaftaran sila maklumkan kepada pihak syarikat jika terdapat alahan makanan
  5. Boleh semak dan teliti agensi pertukaran matawang yang menyediakan nilai “rate” yang terbaik. Contoh money changer yang boleh disemak melalui website: https://www.mtarate.com/
    1. Matawang yang boleh digunakan (Anggaran semasa):
      1. Mark (matawang rasmi) : 1 = RM 2.35
      2. Euro : 1 = RM 4.56
  6. Suhu dan Cuaca serta waktu solat boleh semak di laman web:
      1. Suhu dan Cuaca : https://www.accuweather.com/
        1. Julai: 31 darjah Celcius / 18 darjah Celcius
        2. Ogos: 25 darjah Celcius /13 darjah Celcius
      2. Waktu Solat : https://www.muslimpro.com/en
        (Dan boleh juga disemak di dalam itinerari perjalanan)
  7. Bawa pakaian yang bersesuaian mengikut suhu dan cuaca destinasi lawatan.
  8. Peserta digalakkan untuk mengambil Insuran Tambahan atau Premium jika memerlukan kerana Insurans/Takaful perjalanan yang disediakan adalah pakej “Basic”.
  9. Semak status pelepasan keluar negara di laman web: https://sspi.imi.gov.my/sspi/ bagi mengelakkan sebarang kejadian luar jangkaan di ruangan pemeriksaan imigresen.
  10. Pastikan peserta membawa ubat-ubatan terutama peserta yang mempunyai penyakit yang sentiasa memerlukan ubat dan yang membawa kanak-kanak terutamanya ubatan asas untuk demam, batuk, pening dan lain-lain.
  11. Universal Power Adapter antara alatan yang penting perlu dibawa. Plug Socket Type C & F (2 lubang)

  12. Perbezaan masa bagi negara perlu diselaraskan ketika berada di Negara destinasi bagi membantu urusan yang memerlukan ketepatan masa terutama yang melibatkan penerbangan, lawatan dan lain-lain :
    1. Masa GMT Bosnia : 7 jam lewat berbanding waktu Malaysia (Cth: 9 pagi waktu Malaysia = 2 pagi waktu Bosnia)
  13. Tarikh luput Passport perlu dipastikan melebihi 6 (enam) bulan dari tarikh pelepasan perjalanan
  14. Barangan PENTING seperti Passport, barangan solat bagi wanita, ubat-ubatan dan lain-lain perlu sentiasa berada di dalam beg kabin/beg tangan. Jangan letakkan barangan ini di dalam bagasi bagi memudahkan urusan transit di dalam perjalanan.

B.SEMASA

  1. Sila berada di Lapangan Terbang KLIA, 4 (empat) jam sebelum waktu penerbangan dan berkumpul di lokasi yang telah ditetapkan oleh pihak Syarikat bagi memudahkan aturcara susunan program dan pendaftaran bagasi (Luggage Check-in)
  2. Patuhi Had dan Barang Larangan yang terdapat di dalam garispanduan yang telah ditetapkan oleh Piawai Perjalanan Antarabangsa.
    1. Barang Larangan (Tidak boleh dibawa masuk)
      1. Sebarang Senjata Api dan bahagian-bahagian komponen berkaitan senjata api
      2. Bahan letupan dan bahan yang mudah terbakar
      3. Bahan Kimia dan toksik
      4. Binatang seludup (Sila rujuk barang larangan bagasi (Turkish Airlines): https://www.turkishairlines.com/en-int/any-questions/restrictions/)
  3. Had Bagasi bagi penerbangan adalah tertakluk kepada syarikat penerbangan (Di bawah ini adalah penerbangan Turkish Airlines).
    1. Bagasi Kabin diperuntukan kepada bayi berumur 2 tahun ke bawah adalah 1 bagasi dengan berat 10kg.
      1. Bagasi Kabin hanya dibenarkan 2 bagasi sahaja (tidak melebihi 8kg) bagi penumpang dewasa
        1. Bagasi Kabin (158 cm (panjang+tinggi+lebar).
        2. Bagasi Kecil/laptop/beg tangan/beg galas/ dll (40 cm (panjang), 23 cm (tinggi), 55 cm (lebar).
    2. Syarat-syarat bagasi kabin dari sudut LAG (Liquid, Aerosol, Gel):
      1. Barangan yang berjisim LAG seperti minuman, krim, minyak wangi, semburan, gel dan ubat gigi mestilah dalam bekas 100 ml / 3.4oz (isi padu), 100 gram (berat) atau kurang.
      2. Semua bekas LAG sepatutnya muat dengan baik dalam beg plastik lutsinar boleh tutup/berzip.
      3. Anda hanya dihadkan kepada satu beg plastik lutsinar boleh tutup dengan isi padu tidak melebihi satu liter dan kawasan tertutup beg mesti sehingga tidak melebihi 80 cm (cth. 20x20 cm atau 15x25 cm).
      4. Mana-mana LAG yang dibawa dalam bekas yang lebih besar daripada 100ml tidak akan diterima sebagai barang bawaan, walaupun bekas itu tidak penuh
      5. Pengecualian bagi : Ubat dan makanan untuk keperluan diet khas termasuk makanan bayi dibenarkan dalam bagasi kabin anda dalam kuantiti yang munasabah untuk penerbangan anda. Ia perlu diisytiharkan dan mungkin tertakluk kepada pemeriksaan keselamatan tambahan. Barang bebas cukai yang dibeli di lapangan terbang di kawasan larangan keselamatan terminal pada hari perjalanan tidak menjadi sebahagian daripada kebenaran bagasi kabin anda dengan syarat ia berada di dalam kebenaran bebas cukai negara destinasi anda. Barang-barang perlu dibungkus dalam Beg Bukti Dibuka Keselamatan (STEB), kekal ditutup dan disertakan dengan bukti pembelian sehingga destinasi terakhir anda.
    3. Bagasi Berdaftar (kargo)
      1. Bagasi berdaftar perlu mengikut jumlah had berat yang telah dimaklumkan oleh pihak syarikat
      2. Pastikan barangan yang terdapat di dalam bagasi berdaftar adalah BUKAN barangan eletronik, semua barangan eletronik perlu dimasukkan di dalam beg kabin.
      3. Rujukan berkaitan bagasi di laman web bagi penerbangan : Turkish Airlines: https://www.turkishairlines.com/en-int/any-questions/baggage-information/
  4. Sediakan Check-list untuk memudahkan penyusunan barang dan dapat membantu mengelak daripada tertinggal barang.
  5. Peraturan had bagasi ketika pulang adalah sama sepertimana had bagasi sewaktu berlepas.
  6. Sila patuhi juga barang-barang larangan yang tidak boleh dibawa, serta susunan barangan mengikut jenis cecair, pepejal, eletronik dan lain-lain.
  7. Beberapa perkataan Asas (komunikasi) :

    Hello!

    Zdravo! / Ćao!

    yeah

    da

    no

    ne

    thanks

    hvala

    please

    molim

    Bye!

    Ćao!

    Excuse me

    Izvinjavam se ... / Izvinite

    How much?

    koliko?

    name

    ime

    Good morning!

    dobro jutro

    Good evening!  

    dobro veče

    Hello!

    Hello!

C.SELEPAS

  1. Pastikan tiada barangan tertinggal sama ada di hotel penginapan, pengangkutan bas, pesawat penerbangan, lapangan terbang, surau penerbangan dan lain-lain lokasi berkemungkinan terutamanya dokumen penting seperti passport. Sentiasa semak dan beri perhatian kepada barangan anda.
  2. Semak jika perlu Solat Musafir sebelum keluar daripada Lapangan Terbang menuju ke rumah masing-masing.
  3. Setibanya di Lapangan Terbang KLIA, jangan lupa untuk ambil bagasi. Wakil syarikat akan membantu ketika pengambilan bagasi.
  4. Penyerahan borang penilaian kepada wakil syarikat amat dihargai sebelum perjalanan berakhir. Adapun jika tidak berkesempatan boleh tinggalkan penilaian di dalam Group Whatsapp atau PM personal ke nombor Whatsapp syarikat: 013 673 9000.

Galeri Gambar

Apa tunggu lagi? Buat tempahan sekarang!

error: Content is protected !!