
KEMBARA KORBAN DI CAMBODIA (4H3M)
Kembara Korban merupakan program lawatan seperti kembara lain dan ditambah dengan program Qurban. Kembara ini merupakan kembara tahunan yang memberi peluang kepada peserta yang terlibat untuk meneroka lokasi lawatan di samping menyaksikan ibadah sembelihan masing-masing bagi yang turut sama berdaftar untuk ibadah Qurban.
Kembara Korban ke Cambodia membawa peserta menyelami lebih mendalam tentang warisan budaya dan latar belakang Kemboja dengan melihat bangunan bersejarah, menaiki pelayaran di sepanjang Mekong dan menikmati keindahan alam di Cambodia. Namun terdapat begitu banyak pengalaman istimewa lain di Kemboja untuk diterokai.
HARGA: RM 3,100
TARIKH: 28/6/2023 - 1/7/2023

HARI PERTAMA : KUALA LUMPUR – PHNOM PENH
Berkumpul di ruang legar pelepasan berhampiran Starbucks. Taklimat dan daftar masuk bagasi. Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh, Cambodia. Taklimat bersama wakil tempatan di ruang ketibaan. Makan tengahari. Daftar masuk hotel dan solat. Bersiar-siar di sekitar kampung. Makan malam. Solat Maghrib dan Isya’ di Masjid (bawa kain sejadah dan telekung sendiri). Tazkirah ringkas sempena Aidiladha. Balik semula ke hotel.
Makan: Makan di dalam penerbangan, Makan Tengahari & Makan Malam
HARI KEDUA: HARI RAYA AIDILADHA
Sarapan pagi. Bertolak ke Masjid untuk Solat Aidiladha. Program sembelihan Qurban bersama orang kampung. Peserta berpeluang menyaksikan suasana sembelihan Qurban dilaksanakan oleh masyarakat muslim di Cambodia. Agihan daging Qurban. Aktiviti bebas ziarah raya. Makan dan solat zuhur di Masjid. Agihan sumbangan di Masjid dan program ringkas santai. Bersiap untuk bertolak balik ke Phnom Penh selepas Asar. Makan malam. Balik ke hotel.
Makan: Sarapan Pagi, Makan Tengahari & Makan Malam
HARI KETIGA: BANDAR PHNOM PENH
Riadah pagi selepas solat Subuh di dataran Sungai Mekong. Peserta rombongan dibawa menghayati keindahan matahari terbit, panorama santai bersama ratusan burung merpati, dan aktiviti pagi masyarakat Cambodia. Menghayati suasana bandar Phnom Penh (City Tour) dengan menaiki beca mengharung arus bandar Phnom Penh yang sibuk. Sarapan pagi. Balik ke bilik dan bersiap untuk lawatan seterusnya ke Tuol Sleng dan Killing Field. Tuol Sleng dan Killing Field menempatkan bukti sejarah mangsa tahanan kekejaman Rejim Pol Pot dan tapak perkuburan mangsa kekejaman. Ia adalah sejarah hitam warga Cambodia yang masih jelas kelihatan kesannya sehingga ke hari ini. Makan tengahari di restoren tempatan. Solat di Masjid. Aktiviti membeli-belah di Pasar Thmey.
Rombongan dibawa menghayati pemandangan matahari terbenam dengan menaiki bot di Sungai Mekong. Sungai Mekong menghubungkan beberapa negara yang akan dikongsikan bersama ketika di dalam bot nanti. Selepas menaiki bot di Sungai Mekong, singgah sebentar di Pasar Malam sebelum makan malam di restoren halal tempatan. Balik ke hotel dan rehat.
Makan: Sarapan Pagi, Makan Tengahari & Makan Malam
HARI KEEMPAT: BERTOLAK BALIK KE MALAYSIA
Sarapan pagi. Daftar keluar hotel. Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh untuk balik semula ke Malaysia.
Makan: Sarapan pagi dan Makan di dalam penerbangan
Pakej Termasuk
- Tiket penerbangan pergi balik termasuk makan di dalam penerbangan (Bagasi 20kg)
- Penginapan di hotel
- Pengangkutan sepanjang perjalanan
- Makan seperti yang tertera di dalam itinerari
- Tiket lawatan
- Air mineral setiap hari di dalam bas
- Insurans perjalanan (peribadi)
- Insurans penerbangan
- Pemandu pelancong
Pakej Tidak Termasuk
- Harga Qurban (Bagi yang ingin melaksanakan Qurban di lokasi program pada hari Raya Aidiladha)
- Harga Fidyah (Bagi yang ingin membuat sumbangan Fidyah di lokasi program)
Terma & Syarat
- Sumbangan lain yang ingin dibawa, peserta perlu maklumkan pengurusan terlebih dahulu. Bagi sumbangan berbentuk barangan, peruntukan bagasi menggunakan peruntukan bagasi persendirian yang telah ditetapkan 20kg setiap seorang. Jika ada yang ingin membuat tambahan bagasi, sila maklumkan pengurusan untuk tujuan tempahan atas tanggungan sendiri.
- Harga tertakluk kepada pertukaran yang disebabkan oleh kenaikan tambang kapal terbang, kos pengangkutan lain, kadar hotel, kadar pertukaran mata wang asing, cukai kerajaan dan sebagainya
- Berkumpul di ruang legar pelepasan berhampiran Starbucks (ruang legar daftar masuk), KLIA2 selewat-lewatnya 4 JAM SEBELUM BERLEPAS.