KEMBARA KORBAN, KRABI - THAILAND (5H4M)
KEMBARA KORBAN DI KRABI, THAILAND (5H4M)
Kembara Korban merupakan program lawatan seperti kembara lain dan ditambah dengan program Qurban. Kembara ini merupakan kembara tahunan yang memberi peluang kepada peserta yang terlibat untuk meneroka lokasi lawatan di samping menyaksikan ibadah sembelihan masing-masing bagi yang turut sama berdaftar untuk ibadah Qurban. Kembara Korban ke Krabi membawa peserta meneroka salah satu lokasi yang sememangnya terkenal sebagai tempat percutian yang paling menarik di Thailand. Krabi kaya dengan pemandangan pantai, hutan yang menghijau dan memiliki lebih daripada 200 pulau yang cantik, sedia untuk diterokai.
TARIKH: 28/06/2023 - 02/07/2023
PENERBANGAN: AIR ASIA
HARI PERTAMA: KUALA LUMPUR - KRABI
Berkumpul di ruang legar pelepasan berhampiran Starbucks. Taklimat dan daftar masuk bagasi. (Solat subuh sama ada sebelum atau selepas daftar masuk bagasi bergantung kepada keadaan semasa).
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Krabi, Thailand. Taklimat bersama wakil tempatan di ruang ketibaan. Lawatan ke Kilang Gajus Bakar (produk tempatan oleh penduduk muslim di kampung Baan Rai Yai) dan singgah ke pusat membeli-belah. Makan tengahari di restoran makanan tradisi terkenal di Krabi iaitu Restoran Baan Rai Yai. Bertolak ke Pusat Pemulihan Dadah Islam iaitu Pondok Al-Harul Ulum dengan menaiki perahu (masa perjalanan ialah 15 minit). Pondok ini mempunyai seramai 1,600 orang pelajar yang sedang menerima rawatan rohani dan pengasas pondok ini juga pernah menerima anugerah di bawah kategori ‘Pusat Pemulihan Dadah Terbaik’ peringkat kebangsaan pada tahun 2016. Melawat ke Bandar Krabi (Krabi Giant Crab / signature of Krabi). Daftar masuk hotel pada jam 4.30 petang. Makan malam di restoran. Balik semula ke hotel.
Makan: Makan Tengahari & Makan Malam
HARI KEDUA: HARI RAYA AIDILADHA
Bertolak ke Masjid Baan Montur (masa perjalanan ialah 50 minit). Sarapan pagi di lokasi program. Solat Hari Raya Aidiladha. Majlis Penyembelihan Qurban. Majlis penyampaian barang dapur kepada asnaf yang terpilih. Pelaksanaan Qurban yang pertama. Bergerak ke Kolam Air Panas Masin Baan Naam (satu-satunya Kolam Air Panas Masin di Thailand) pada jam 9.30 pagi. Makan tengahari di Pondok Muslim Wangthong Wittaya. Majlis Penyembelihan Qurban. Majlis Penyampaian barang dapur kepada asnaf, guru agama dan anak-anak yatim yang terpilih. Pelaksanaan Qurban kedua dan ketiga. Bergegas ke Kampung Baan Wang Leark untuk Majlis Penyembelihan Qurban dan Pelaksanaan Qurban keempat. Balik ke hotel pada jam 3.30 petang. Makan malam di restoran. Bersiar-siar di sekitar Pantai Aonang untuk menikmati udara yang nyaman. Balik semula ke hotel.
Makan: Sarapan Pagi, Makan Tengahari & Makan Malam
HARI KETIGA: BANDAR KRABI
Bertolak ke Pondok Phum Sawan. Sarapan pagi di tempat program. Majlis Penyembelihan Qurban. Pelaksanaan Qurban terakhir. Lawatan ke Taman Bunga dan Air Terjun Tharn Khiri. Bergerak ke Khaothong Hill café untuk minum dan bergambar sambil menghayati pemandangan yang indah di sekitarnya. Makan tengahari di restoran. Melawat keunikan Shell Fossil dan membeli belah. Balik ke hotel pada jam 4.00 petang. Makan malam di restoran dan singgah di Krabi Night Market untuk membeli-belah. Balik semula ke hotel.
Makan: Sarapan Pagi, Makan Tengahari & Makan Malam
HARI KEEMPAT: LAWATAN KE PULAU PHI PHI
Sarapan pagi di restoran. Bertolak ke antara pulau yang tercantik di dunia iaitu Pulau Phi Phi*, dengan menaiki bot laju (masa perjalanan ialah 1 jam). Makan tengahari di restoran (bufet). Melakukan aktiviti air seperti snorkeling dan lain-lain (dari jam 9.00 pagi - 3.00 petang). Melintasi Phi Phi Don, Phi Phi Ley, Maya Bay, Monkey Bay, Wiking Cave dan Pileh Bay. Balik semula ke hotel pada jam 4.00 petang. Makan malam di restoran (stimbot dan bufet). Balik semula ke hotel.
*Tertakluk keadaan cuaca dan ombak. Lokasi boleh diubah ke kawasan pulau yang lebih selamat sekiranya keadaan semasa tidak membenarkan.
Makan: Sarapan Pagi, Makan Tengahari & Makan Malam
HARI KELIMA: BERTOLAK BALIK KE MALAYSIA
Sarapan pagi di hotel. Daftar keluar hotel. Singgah di pusat membeli-belah cenderahati. Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Krabi untuk balik semula ke Malaysia.
Makan: Sarapan Pagi
PAKEJ TERMASUK
- Tiket penerbangan pergi balik (Bagasi 20kg)
- Penginapan di hotel
- Pengangkutan sepanjang perjalanan
- Makan seperti yang tertera di dalam itinerari
- Tiket lawatan
- Air mineral setiap hari di dalam bas
- Insurans bot
- Insurans perjalanan
- Insurans penerbangan
- Pemandu pelancong
- Private speed boat dilengkapi dengan pemandu dan anak kapal
PAKEJ TIDAK TERMASUK
- Harga Qurban (Bagi yang ingin melaksanakan Qurban di lokasi program pada hari Raya Aidiladha)
- Harga Fidyah (Bagi yang ingin membuat sumbangan Fidyah di lokasi program)
TERMA & SYARAT
- Sumbangan lain yang ingin dibawa, peserta perlu maklumkan pengurusan terlebih dahulu. Bagi sumbangan berbentuk barangan, peruntukan bagasi menggunakan peruntukan bagasi persendirian yang
telah ditetapkan 20 kg setiap seorang. Jika ada yang ingin membuat tambahan bagasi, sila maklumkan pengurusan untuk tujuan tempahan atas tanggungan sendiri. - Harga tertakluk kepada pertukaran yang disebabkan oleh kenaikan tambang kapal terbang, kos pengangkutan lain, kadar hotel, kadar pertukaran mata wang asing, cukai kerajaan dan sebagainya
- Berkumpul di ruang legar pelepasan berhampiran Starbucks (ruang legar daftar masuk), KLIA2. Selewat- lewatnya 4 JAM SEBELUM BERLEPAS.