Kembara Korban Turki (Pengembara Muslim)
TARIKH: 25 Jun - 2 Julai 2023 = RM 8,490
HARI PERTAMA: KUALA LUMPUR – ISTANBUL
Berkumpul di ruang legar pelepasan. Taklimat dan daftar masuk bagasi.Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul. Bertolak ke hotel penginapan di pusat bandar. Makan malam. Daftar masuk hotel.
* Waktu Subuh di Dubai 04:00, Syuruk 05:30
Makan : Makan Malam
HARI KEDUA: LAWATAN DI ISTANBUL – BANDAR LAMA
Sarapan pagi di hotel. Melawat Muzium Istana Topkapi, Istana kerajaan Turki Uthmaniah selama 400 tahun, Masjid Sultan Ahmad (Masjid Biru) dibina pada tahun 1616 Masihi. Ziarah dan solat di Masjid Hagya Sofia, sebuah gereja Byzantium ditukar menjadi masjid selepas penaklukan Constantinople, menjadi muzium ketika era Kamal Ataturk dan kembali berfungsi sebagai masjid pada tahun 2020. Solat di Masjid Hagya Sofia. Selepas makan tengahari, bertolak ke Grand Bazaar Istanbul, antara bazaar tertua di dunia dibina sejak era Sultan Muhamad Fatih tahun 1460 Masihi. Balik semula ke hotel.
Makan : Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam
HARI KETIGA : LAWATAN DI ISTANBUL – FATIH DISTRICT, BOSPHORUS TOUR
Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Masjid dan makam Sultan Muhamad Al Fateh, tokoh bangsa Turki yang telah berjaya menawan Kota Costantinople dari tangan kristian Byzantium. Seterusnya, lawatan ke Kompleks Sultan Sulaiman, merupakan masjid terbesar dibina era Turki Uthmaniah. Selepas makan tengahari, program diteruskan ke Eminonu untuk menaiki bot selama 1 Jam 30 minit menelusuri selat Bosphorus yang memisahkan dua benua Asia dan Eropah. Program bebas di Spice Bazaar atau dikenali dengan Egyptian Bazaar. Balik semula ke hotel.
Makan : Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam
HARI KEEMPAT: ISTANBUL – BURSA (CUMALIKIZIK) – BILECIK (SOGUT) - BURSA
Sarapan pagi di hotel. Daftar keluar hotel. Bertolak ke Cumalikizik, perkampungan Uthmaniah lama berusia 700 tahun. Perjalanan diteruskan ke negeri Bilecik. Melawat pusara tokoh terkenal bangsa Turki, pahlawan Ertuğrul Ghazi di daerah Sogut. Berpeluang untuk bergambar mengenakan pakaian tradisional bangsa Turki. Kembali ke Bursa. Daftar masuk hotel.
Makan : Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam
HARI KELIMA: HARI RAYA AIDILADHA – LAWATAN BANDAR
Solat Hari Raya Aidiladha di Ulu Camii Bursa. Sarapan pagi di hotel. Lawatan di bandar Bursa, melawat Yesil Kulliye yang dibina pada tahun 1420, era Sultan Muhamad I. Lawatan diteruskan ke Tophane untuk melawat Makam Pengasas kerajaan Turki Uthmaniah, Sultan Uthman Ghazi dan Sultan Orhan Ghazi. Balik semula ke hotel.
Makan : Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam
Makan: Sarapan, Makan Tengahari & Makan Malam
HARI KEENAM: BURSA (PROGRAM SEMBELIHAN QURBAN) - ISTANBUL
Sarapan pagi di hotel. Daftar keluar hotel. Program sembelihan qurban di Bursa. Bertolak ke Istanbul.
Makan: Sarapan, Makan Tengahari & Makan Malam
HARI KETUJUH: MEMBELI-BELAH DI ISTANBUL
Sarapan pagi di hotel. Membeli-belah di Spice Bazaar & Istiklal Street Taksim. Balik semula ke hotel.
Makan: Sarapan Pagi & Makan Malam
HARI KELAPAN: BALIK SEMULA KE MALAYSIA
Sarapan pagi di hotel. Daftar keluar hotel jam 9.00 pagi. Bertolak ke Masjid dan Makam Abu Ayub Al Ansari iaitu sahabat Rasulullah S.A.W yang syahid di tanah Costantinople. Makan tengahari dan bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul.
Makan: Sarapan Pagi, Makan Tengahari
HARI KESEMBILAN: KUALA LUMPUR
- Dijangka tiba di KLIA1 pada jam 2.25 petang.
PAKEJ TERMASUK
- Tiket penerbangan pergi balik (Emirates)
- Penginapan di hotel (3*)
- Pengangkutan sepanjang perjalanan
- Makan seperti yang tertera di dalam itinerari
- Tiket lawatan
- Pemandu pelancong
- Insurans perjalanan
- Air mineral di dalam bas
- Bosphorus Boat Tour 1½ jam
PAKEJ TIDAK TERMASUK
- Insurans penerbangan
- Harga Qurban (Bagi yang ingin melaksanakan Qurban di lokasi program pada hari Raya Aidiladha)
- Harga Fidyah (Bagi yang ingin membuat sumbangan Fidyah di lokasi program)
- Selain yang disebutkan di dalam ‘Pakej Termasuk’
NOTA
- Itinerari perjalanan akan tertakluk dengan sedikit perubahan program Istimewa yang akan dimasukkan kemudian sekiranya mendapat maklum balas daripada pihak tertentu yang terlibat.
- Harga Qurban Kambing: RM 1,800 (1 ekor)
- Harga Qurban Lembu: RM 11,500 (1 ekor)
- Harga Qurban Lembu: RM 1,643 (1 bahagian)
TERMA & SYARAT
- Sumbangan lain yang ingin dibawa, peserta perlu maklumkan pengurusan terlebih dahulu. Bagi sumbangan berbentuk barangan, peruntukan bagasi menggunakan peruntukan bagasi persendirian yang telah ditetapkan 30kg setiap seorang. Jika ada yang ingin membuat tambahan bagasi, sila maklumkan pengurusan untuk tujuan tempahan atas tanggungan sendiri.
- Harga tertakluk kepada pertukaran yang disebabkan oleh kenaikan tambang kapal terbang, kos pengangkutan lain, kadar hotel, kadar pertukaran mata wang asing, cukai kerajaan dan sebagainya
- Berkumpul di ruang legar pelepasan berhampiran (ruang legar daftar masuk), KLIA1 selewat-lewatnya 4 JAM SEBELUM BERLEPAS