
KEMBARA KORBAN DI VIETNAM (5H4M)
KEMBARA KORBAN DI VIETNAM (5H4M)
Kembara Korban merupakan program lawatan seperti kembara lain dan ditambah dengan program Qurban. Kembara ini merupakan kembara tahunan yang memberi peluang kepada peserta yang terlibat untuk meneroka lokasi lawatan di samping menyaksikan ibadah sembelihan masing-masing bagi yang turut sama berdaftar untuk ibadah Qurban.
Kembara Korban ke Vietnam akan membawa peserta melihat negara yang kaya dengan budaya dan dihuni penduduk yang mesra dengan pelancong dari Malaysia sehingga suatu ketika mata wang Ringgit ada yang diterima di pasar-pasar. Mengenepikan legasi masa lalunya yang bergelora, negara ini telah meningkatkan infrastrukturnya secara mendadak dalam beberapa tahun kebelakangan ini dalam mencapai sasarannya terhadap ekonomi pelancongan.
TARIKH: 28/06/2023 - 02/07/2023
PENERBANGAN: AIR ASIA

HARI PERTAMA: KUALA LUMPUR – HO CHI MINH
Berkumpul di ruang legar pelepasan berhampiran Starbucks. Taklimat dan daftar masuk bagasi. (Solat subuh sama ada sebelum atau selepas daftar masuk bagasi bergantung kepada keadaan semasa).
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ho Chi Minh, Vietnam. Taklimat bersama wakil tempatan di ruang ketibaan. Meneruskan perjalanan ke hotel di sekitar Ho Chi Minh (perjalanan mengambil masa 30 minit). Daftar masuk hotel untuk rehat dan solat. Makan tengahari di restoran. Membeli-belah di Pasar Ben Thanh Market. Makan malam di restoran. Bersiar-siar di pasar malam dan merasai nikmat kesegaran buah-buahan. Balik semula ke hotel.
HARI KEDUA: HARI RAYA AIDILADHA
Sarapan pagi. Solat Hari Raya Aidiladha di masjid. Program Qurban. Makan tengahari di masjid. Balik ke hotel untuk berehat dan solat. Bertolak keluar untuk bersiar-siar dan membeli-belah. Makan malam dan balik ke hotel.
Makan: Sarapan Pagi, Makan Tengahari & Makan Malam
HARI KETIGA: MUI NE - DA LAT
Daftar keluar hotel. Sarapan pagi di restoran. Bertolak ke Mui Ne (perjalanan mengambil masa 4 jam). Makan tengahari di restoran. Solat di masjid kampung islam. Melawat kampung nelayan dan menaiki jeep ke Pantai Pasir Putih. Bergerak ke Da Lat pada jam 3:00 petang (perjalanan mengambil masa 3 jam). Makan malam di restoran. Daftar masuk hotel. Membeli-belah di pasar malam Da Lat. Balik semula ke hotel.
Makan: Sarapan Pagi, Makan Tengahari & Makan Malam
HARI KEEMPAT: LAWATAN DI DA LAT
Sarapan pagi di restoran halal. Bertolak ke Terowong Tanah Liat pada jam 7:30 pagi. Menaiki Gunung Lang Biang. Makan tengahari di restoran halal dan solat. Menaiki roller coaster menuruni kawasan Air Terjun Datan La. Lawatan ke Crazy House untuk melihat keunikan bangunan. Singgah di Taman bunga dan Ladang Strawberry, sesuai untuk aktiviti bergambar. Balik semula ke hotel pada jam 5:00 petang untuk solat. Makan malam di luar. Membeli-belah di pasar malam pada jam 7:00 malam. Balik semula ke hotel.
Makan: Sarapan Pagi, Makan Tengahari & Makan Malam
HARI KELIMA: BERTOLAK BALIK KE MALAYSIA
Sarapan pagi di hotel. Membeli-belah di pasar. Daftar keluar hotel. Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Da Lat untuk balik semula ke Malaysia.
Makan: Sarapan Pagi
PAKEJ TERMASUK
- Penginapan 4 malam
- Makan seperti yang tertera di dalam itinerari
- Pengangkutan sepanjang perjalanan
- Tiket masuk lawatan
- Pemandu pelancong
- Tiket roller coaster Datan La
- Tiket jeep naik Gunung Lang Biang
- Air mineral setiap hari di dalam bas
- Insurans perjalanan
- Insurans penerbangan
PAKEJ TIDAK TERMASUK
- Harga Qurban (Bagi yang ingin melaksanakan Qurban di lokasi program pada hari Raya Aidiladha)
- Harga Fidyah (Bagi yang ingin membuat sumbangan Fidyah di lokasi program)
TERMA & SYARAT
- Sumbangan lain yang ingin dibawa, peserta perlu maklumkan pengurusan terlebih dahulu. Bagi sumbangan berbentuk barangan, peruntukan bagasi menggunakan peruntukan bagasi persendirian yang
telah ditetapkan 20 kg setiap seorang. Jika ada yang ingin membuat tambahan bagasi, sila maklumkan pengurusan untuk tujuan tempahan atas tanggungan sendiri. - Harga tertakluk kepada pertukaran yang disebabkan oleh kenaikan tambang kapal terbang, kos pengangkutan lain, kadar hotel, kadar pertukaran mata wang asing, cukai kerajaan dan sebagainya
- Berkumpul di ruang legar pelepasan berhampiran Starbucks (ruang legar daftar masuk), KLIA2. Selewat- lewatnya 4 JAM SEBELUM BERLEPAS.