RM1950
RM2190
RM2190
Maklumat trip perjalanan Kembara Korban bersama EZ kembara
Jadual Perjalanan Kembara Korban
[wpsm_comparison_table id="1" class="center-table-align"]
Nota :
- Kembara Korban Aceh : Pihak kastam di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda (Banda Aceh) menghadkan barangan sumbangan dibawa dari luar untuk dibawa masuk ke Banda Aceh. Justeru, peserta rombongan tidak digalakkan untuk membawa barangan sumbangan yang jelas kelihatan. Peruntukan bagasi juga adalah terhad seperti yang telah ditetapkan kepada setiap peserta (20 kg seorang). Sebarang pertambahan bagasi, maklumkan awal kepada pengurusan untuk tujuan tempahan (atas tanggungan peserta).
- Kembara Korban Vietnam : Sebahagian program Hari ke-2 akan dianjakkan ke hari ke-3 sekiranya Hari Raya Aidiladha di Vietnam diumumkan sehari lebih awal berbanding dalam itinerari. Perjalanan balik ke Ho Chi Minh masih lagi pada hari ke-3 waktu yang sama.
- Kembara Korban Krabi : Bagi yang ingin membuat sumbangan kepada masyarakat Islam di Krabi, sumbangan adalah sebanyak RM70 bagi tujuan membeli barangan keperluan asasi untuk satu keluarga. Sumbangan ini akan diserahkan kepada wakil di Krabi selewat-lewatnya seminggu sebelum perjalanan kembara bagi membolehkan wakil menyediakan barangan sumbangan dan diagihkan semasa hari program
Pakej Termasuk :
- Tiket Penerbangan pergi balik (Peruntukan bagasi mengikut penerbangan)
- Penginapan
- Pengangkutan
- Tiket masuk destinasi lawatan
- Makan sepanjang trip seperti yang tertera di dalam itinerari pakej
- Tip-tip pemandu pelancong dan pemandu bas
- 1 botol mineral dalam bas setiap hari
- Takaful perjalanan
Pakej Tidak termasuk :
- Selain yang dinyatakan di atas
- Perbelanjaan peribadi
- Harga Qurban (bagi yang ingin melaksanakan Qurban)
- Harga Fidyah (bagi yang ingin melaksanakan Fidyah)
Nota penting untuk trip:
Bilik air tidak disediakan paip (bagi Kembara Korban Vietnam dan Kemboja). Sediakan botol kosong untuk kemudahan bersuci bagi lokasi yang memerlukan.
Peserta digalakkan membawa botol spray untuk kegunaan berwhudhu’ di lokasi-lokasi yang memerlukan.
Mata wang yang digunakan ;
Banda Aceh : Indonesian Rupiah (IDR)
Vietnam : US Dollar (USD) , Vietnamese Dong (VND) dan *Ringgit Malaysia (MYR)
Kemboja : US Dollar (USD) dan Cambodian Riel (KHR)*MYR boleh digunakan di kawasan membeli-belah seperti Pasar Ben Than. Matawang di lokasi rasmi seperti lapangan terbang dan hotel hanya menerima matawang USD dan Dong sahaja.
Semak detail pengenalan diri di portal Senarai Hitam Imigresen bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang tidak dijangka.
Pastikan tarikh tamat Passport Antarabangsa adalah sah sekurang-kurangnya 6 bulan melebihi daripada tarikh hari bertolak.
Bawa pakaian yang bersesuaian mengikut musim bagi keselesaan sepanjang percutian.
Pastikan berat bagasi tidak melebihi peruntukan bagasi yang ditetapkan. Sebarang bayaran akibat berat bagasi yang berlebihan adalah tanggungan peserta.
Hari Bertolak :
- Peserta akan diminta berkumpul di ruang legar berhampiran kaunter daftar masuk selewat-lewatnya 4 jam sebelum bertolak. Urusetia EZ Kembara akan berada berhampiran dengan memegang bendera EZ Kembara berwarna merah putih.
- Simpan nombor telefon whatsapp (Pejabat) 013-673 9000 bagi sebarang tujuan kecemasan