PENGEMBARA MUSLIM DI KEMBOJA - VIETNAM (6H5M)

PENGEMBARA MUSLIM DI KEMBOJA – VIETNAM(6H5M)

Rancangan Pengembara muslim adalah rancangan yang diterbitkan oleh IKIMFM sejak Mac 2009 yang bertujuan membawa para pendengar untuk mengembara ke serata dunia dengan memberikan maklumat berkaitan keperluan pengembara Islam di tempat-tempat yang dilawati termasuklah menziarahi komuniti Islam. IKIMFM dengan kerjasama bersama EZ Kembara kali ini akan membawa peserta merentas negara Kemboja dan Vietnam. Kemboja dan Vietnam menyimpan sejarah peperangan yang meninggalkan pelbagai emosi. Namun di sebalik sejarah perit tersebut, kedua-duanya kini menjadi tumpuan pengunjung kerana keunikannya sendiri.

HARGA: RM 3,900
TARIKH: 04/03/2023 - 09/03/2023
PENERBANGAN: MALAYSIA AIRLINES

Hari Pertama

KUALA LUMPUR – KUALA LUMPUR – PHNOM PENH

Berkumpul di ruang legar perlepasan. Taklimat dan daftar masuk bagasi. Tiba di Lapangan Terbang Phnom Penh. Makan tengahari. Daftar masuk hotel dan solat. Makan malam di Madrasah An-Nikmah (program bersama anak-anak madrasah). Balik ke hotel.

Makan: Makan Tengahari & Makan Malam

Hari Kedua: LAWATAN DI PHNOM PENH

Sarapan pagi. Lawatan ke Kedutaan Malaysia di Cambodia. Makan tengahari. Solat di Masjid Negara Cambodia. Lawatan ke Stesen Radio dan TV Islam. Membeli-belah di Pasar Thmey. Menaiki bot sambil menikmati senja di Sungai Mekong. Makan malam. Balik ke hotel.

Makan: Sarapan Pagi, Makan Tengahari & Makan Malam

Hari Ketiga: PHNOM PENH – CHAU DUC

Sarapan pagi. Bertolak ke Chau Duc, Vietnam melalui jalan darat (Perjalanan mengambil masa lebih kurang empat jam). Prosedur imigresen di sempadan Cambodia - Vietnam. Makan tengahari dalam bas. Daftar masuk hotel dan solat. Makan malam dan bersiar-siar di bandar Chau Duc. Balik ke hotel.

Makan: Sarapan Pagi, Makan Tengahari & Makan Malam

Hari Keempat: CHAU DUC - HO CHI MINH

Sarapan pagi. Program agihan fidyah dan sukaneka bersama anak-anak kampung. Makan tengahari dan solat. Bertolak ke bandar Ho Chi Minh (Perjalanan mengambil masa lebih kurang enam jam). Daftar masuk hotel. Makan malam. Aktiviti bebas.

Makan: Sarapan Pagi, Makan Tengahari & Makan Malam

HARI KELIMA: LAWATAN & MEMBELI-BELAH DI HO CHI MINH

Sarapan pagi. Lawatan ke lokasi tumpuan iaitu War Remnant Museum dan Bitexco Financial Tower. Makan tengahari berhampiran hotel. Aktiviti bebas membeli-belah di Ben Than Market. Makan malam. Balik ke hotel.

Makan: Sarapan Pagi, Makan Tengahari & Makan Malam

HARI KEENAM: HO CHI MINH – KUALA LUMPUR

Sarapan pagi. Aktiviti bebas membeli-belah di Pasar Ben Than buat kali terakhir. Solat. Daftar keluar hotel. Makan tengahari dan bertolak ke Lapangan Terbang Ho Chi Minh.

Makan: Sarapan Pagi & Makan Tengahari

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi balik (Bagasi 20kg KUL-PNH & 30kg SGN-KUL)
  • Penginapan 5 malam
  • Makan sepanjang lawatan
  • Pengangkutan bas sepanjang perjalanan di Cambodia dan Vietnam
  • Tiket masuk lawatan
  • Pemandu Pelancong
  • Insurans perjalanan
  • Air mineral di dalam bas

Pakej Tidak Termasuk

  • Selain yang dinyatakan di atas
  • Perbelanjaan peribadi di hotel seperti dobi, bil telefon dan lain-lain.

Nota

  • Berkumpul di ruang legar perlepasan selewat-lewatnya 4 JAM SEBELUM BERLEPAS.
  • Tarikh akhir bayaran pada 3 Februari 2023.

Terma dan syarat

  • Harga pakej tertakluk kepada sebarang perubahan cukai lapangan terbang, surcaj bahan api dan sebarang peraturan semasa kerajaan dalam dan luar negara tanpa notis.
  • Pakej tertakluk kepada Terma dan Syarat Pembatalan yang terkandung di dalam Akta Pelancongan.