KEMBARA KE KOREA (6H5M)
HARGA: RM4790
TARIKH: 11 - 16/12/2023
PENERBANGAN: AIR ASIA
HARI PERTAMA: KUALA LUMPUR – SEOUL
Berkumpul di ruang legar pelepasan berhampiran Starbucks. Taklimat dan daftar masuk bagasi. Berlepas untuk penerbangan ke Incheon. Tiba di Lapangan Terbang Incheon. Lawatan ke Seoul N Tower. Makan malam. Daftar masuk hotel.
Makan: Makan Malam
HARI KEDUA: LAWATAN DI SEOUL
Lawatan ke Kyongbok Palace, National Folk Museum dan melalui Presidential Blue House. Makan tengahari. Lawatan ke Cheonggyecheon dan Gwanghwamun Plaza sambil menikmati tapak penggambaran drama KBS “IRIS”. Lawatan ke tempat pembuatan Kimchi dan Seaweed Museum (berpeluang memakai baju tradisional negara Korea iaitu Han-Bok). Makan malam. Balik semula ke hotel.
Makan: Makan Tengahari & Makan Malam
HARI KETIGA: NAMI ISLAND
Berangkat ke Nami Island. Menikmati Lake Cruise dan pemandangan indah di lokasi penggambaran luar Drama Korea yang terkenal "Winter Sonata". Makan tengahari. Lawatan ke Masjid Antarabangsa di Seoul. Singgah membeli-belah di Dongdaemun 24 hour Market. Makan malam. Balik semula ke hotel.
Makan: Makan Tengahari & Makan Malam
HARI KEEMPAT: SHOPPING DI SEOUL
Lawatan ke COEX Mall Starfield Library dan SM Town Digital Signage. Lawatan serta membeli-belah di Pine Tree Center dan Korean Cosmetic duty-free shop. Makan tengahari. Membeli-belah di Namdaemun Market dan Myeongdong Fashion Street. Bersiar-siar dan membeli-belah di Shinsegye duty-free department store. Makan malam. Balik semula ke hotel.
Makan: Makan Tengahari & Makan Malam
HARI KELIMA: EVERLAND THEME PARK
Bertolak ke Everland. Makan tengahari (pek makan tengahari). Makan malam. Balik semula ke hotel.
Makan: Makan Tengahari & Makan Malam
HARI KEENAM: BERTOLAK BALIK KE MALAYSIA
Daftar keluar hotel. Makan tengahari. Singgah di Korean Product duty-free shop. Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur.
Makan: Makan Tengahari
PAKEJ TERMASUK
- Tiket penerbangan pergi balik (Bagasi 20kg)
- Penginapan 5 malam di hotel
- Makan seperti di dalam itinerari
- Pengangkutan sepanjang perjalanan
- Tiket masuk lawatan
- Pemandu pelancong
- Insurans penerbangan
PAKEJ TIDAK TERMASUK
- Tip pemandu pelancong RM 142 (tambahkan ke dalam harga pakej)
- Takaful perjalanan (RM42.20)
- Lebihan bagasi dan lain-lain
- Selain yang dinyatakan di atas
NOTA
- Itinerari tertakluk kepada pindaan bergantung keadaan semasa di lokasi lawatan.
- Penginapan hotel adalah termasuk sekali dengan sarapan pagi. Tetapi peserta digalakkan untuk menyediakan sarapan sendiri seperti roti, biskut, makanan segera atau sebagainya kerana makanan (sarapan) yang disediakan di hotel dikhuatiri bercampur dengan makanan yang tidak halal.
TERMA & SYARAT
- Harga tertakluk kepada pertukaran yang disebabkan oleh kenaikan tambang kapal terbang, kos pengangkutan lain, kadar hotel, kadar pertukaran mata wang asing, cukai kerajaan dan sebagainya.
- Berkumpul di ruang legar perlepasan berhampiran Starbucks (ruang legar daftar masuk), KLIA2. Selewat-lewatnya 4 JAM SEBELUM BERLEPAS.