KEMBARA KE KOREA (7H5M)

HARGA: RM4390
TARIKH: 05 - 11/10/2023
PENERBANGAN: AIR ASIA

Hari Pertama: KUALA LUMPUR

Berkumpul di ruang legar pelepasan berhampiran Starbucks. Taklimat dan daftar masuk bagasi. Berlepas untuk penerbangan ke Incheon.

Hari Kedua: KUALA LUMPUR – SEOUL

Tiba di Lapangan Terbang Incheon. Lawatan ke Kyongbok Palace,National Folk Museum dan melalui Presidential Blue House. Lawatan ke tempat pembuatan Kimchi, Trick Eye Photo Session (sesuai untuk aktiviti bergambar) dan Seaweed Museum (berpeluang memakai baju tradisional negara Korea iaitu Han-Bok). Makan tengahari.Melawat Seoul N Tower dan Love Lock Wall dengan menaiki bas. Singgah di International Mosque Seoul.Membeli-belah di Dongdaemun Market. Makan malam. Daftar masuk hotel.

Makan: Makan Tengahari & Makan Malam

Hari Ketiga: SEOUL – NAMI ISLAND – MT. SORAK

Sarapan pagi. Berangkat ke Nami Island. Menikmati Lake Cruise dan pemandangan indah di lokasi penggambaran luar Drama Korea yang terkenal "Winter Sonata". Makan tengahari dan solat. Meneruskan perjalanan ke Mt. Sorak dan melawat Kwongumsong Fortress dengan menaiki kereta kabel. Makan malam. Daftar masuk hotel di Mt. Sorak.

*Lawatan menaiki kereta kabel ke Kwongumsong Fortress adalah tertakluk kepada cuaca semasa.

Makan: Sarapan Pagi, Makan Tengahari & Makan Malam

Hari Keempat: EVERLAND THEME PARK

Sarapan pagi. Daftar keluar hotel di Mt. Sorak. Bertolak ke Everland. Makan tengahari (pek makan tengahari). Makan malam. Daftar masuk hotel di Seoul.

Makan: Sarapan Pagi, Makan Tengahari & Makan Malam

HARI KELIMA: SHOPPING DI SEOUL

Sarapan pagi. Lawatan ke Seoullo 7017 iaitu jejantas Stesen Seoul yang juga telah menjadi mercu tanda baharu di Seoul. Lawatan ke Pine Tree Center, Korean Cosmetic duty-free shop dan Shinsegye duty-free department store. Makan tengahari dan solat. Bersiar-siar dan membeli-belah di Namdaemun Street Market & Myeong-dong Fashion Street. Menonton persembahan Chef show atau Hero drawing show (Rancangan paling popular di Korea). Makan malam di restoran. Balik semula ke hotel.

Makan: Sarapan Pagi, Makan Tengahari & Makan Malam

HARI KEENAM: LAWATAN DI SEOUL

Sarapan pagi di hotel. Lawatan ke National Ginseng Center, Amethyst Factory dan Gwangjang Market (atau Namdaemun Street Market). Makan tengahari. Lawatan ke Cheongyecheon Stream. Makan malam. Balik semula ke hotel.

Makan: Sarapan Pagi, Makan Tengahari & Makan Malam

HARI KETUJUH: BERTOLAK BALIK KE MALAYSIA

Daftar keluar hotel. Bertolak ke Lapangan Antarabangsa Incheon untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur.

PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan pergi balik (Bagasi 20kg)
  • Penginapan 5 malam di hotel 3*
  • Makan seperti di dalam itinerari
  • Pengangkutan sepanjang perjalanan
  • Tiket masuk lawatan
  • Pemandu pelancong
  • Insurans penerbangan
  • Tipping

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Insurans Perjalanan
  • Lebihan bagasi dan lain-lain
  • Makan (selain yang tertera pada itinerari)
  • Selain yang dinyatakan di atas

NOTA

  • Itinerari tertakluk kepada pindaan bergantung keadaan semasa di lokasi lawatan.

TERMA & SYARAT

  • Harga tertakluk kepada pertukaran yang disebabkan oleh kenaikan tambang kapal terbang, kos pengangkutan lain, kadar hotel, kadar pertukaran mata wang asing, cukai kerajaan dan sebagainya.
  • Berkumpul di ruang legar perlepasan berhampiran Starbucks (ruang legar daftar masuk), KLIA2. Selewat-lewatnya 4 JAM SEBELUM BERLEPAS.