Morocco

  • Penerbangan Emirates
  • Penginapan 7 malam di Casablanca, Fes, Marrakesh dan Essaouira
  • Mengunjungi Kota Casablanca yang menempatkan Masjid terbesar di Afrika
  • Mengunjungi Kota Fes yang kaya dengan Tamadun Islam dan kesenian Arab-Andalusia
  • Membeli-belah di kota Marrakesh yang pernah menjadi ibu kota Morocco
  • Mendalami sejarah tempatan di Essouira

HARI PERTAMA: KLIA – DUBAI

Berkumpul di KLIA untuk penerbangan ke Dubai (transit).

HARI KEDUA: DUBAI - CASABLANCA

Meneruskan penerbangan ke Casablanca. Setibanya di Lapangan Terbang Casablanca, kita akan menuju ke hotel untuk daftar masuk dan aturcara di hari kedua adalah aktiviti bebas.

Makan: Makan Malam

HARI KETIGA: CASABLANCA - FES

Aturcara Casablanca dimulakan dengan menziarahi Masjid Hassan II. Masjid yang mengagumkan ini, dibina di atas lautan dengan menara setinggi 210m yang merupakan mercu tanda bandar. Ia mempamerkan seni pertukangan terbaik Maghribi iaitu batu dan kayu ukiran tangan, lantai dan tampalan marmar yang kompleks, siling cedar bersalut emas dan zellige (kerja jubin mozek geometri) yang indah. Kemudian kita akan berjalan-jalan dan menikmati keindahan di sepanjang persisiran pantai Ain Diab. Lawatan seterusnya adalah ke Mohamed V Square dan menerokai kota lama Casablanca untuk mengenali gaya hidup seharian mereka.

Makan: Sarapan pagi & Makan malam

HARI KEEMPAT: FES

Menerokai bandar Fes, sebuah bandar yang tertua dan sebuah empayar yang digeruni. Fes adalah sebuah bandar yang menjaga dan mewarisi tradisi budaya dan pengetahuan seni Arab-Andalusia. Sebagai bandar tertua pada zaman pertengahan, Fes memiliki pelbagai khazanah yang berharga. Di sini, kita akan melawat Medersa Bou Inania yang merupakan sebuah madrasah (Islamic learning Centre). Kita juga akan melawat sekitar kawasan luar Istana Diraja, Masjid El Karouiyyin, Bab Boujelloud (Pintu Gerbang Kota Fes) yang indah dan Makam Moulay Idriss, seorang pengasas bagi kota Fes. Kita juga akan melawat kota lama, di mana anda dapat melihat kerja-kerja pertukangan dalam tradisi timur purba masih dijalankan.
 
Makan: Sarapan Pagi & Makan Malam

HARI KELIMA: FES – BENI - MELLAL - MARRAKESH

Kita akan memulakan perjalanan ke Marrakesh melalui banjaran pergunungan Atlas dan berhenti di AImouzer de Canter, dan Ifrane untuk merasai pengalaman seperti di Switzerland di mana terletaknya ski resort yang pertama di Morocco. Di sini, kita dapat merasai suasana yang dikelilingi oleh pemandangan yang menakjubkan dan landskap dataran-dataran dan gunung-gunung yang memukau. Kemudian, kita akan singgah di Beni-Mellal. Bagi penggemar-penggemar pengembaraan gunung, anda dapat menikmati pemandangan dari Atlas atas dan tengah yang indah dari bandar ini. Bagi pencinta alam, sudah pasti anda akan terpukau dengan keindahan pemandangan gunung-gunung dan hutan cedar dan oak di sini. Setibanya di Marrakesh, daftar masuk hotel dan rehat.

Makan: Sarapan Pagi & Makan Malam

HARI KEENAM: MARRAKESH

Digelar kota merah kerana binaan tembok mengelilingi kota itu berwarna merah, kota yang terletak di kaki Pergunungan Atlas, juga merupakan pusat ekonomi utama Morocco. Hari ini kita akan melawat Istana Bahia yang terkenal dengan hiasannya. Dindingnya mempunyai stuko yang diukir dengan inskripsi Arab, corak geometri, arabesque, dan muqarnas. Lantainya diturap dengan jubin marmar dan zellij. Selain itu, Marrakesh juga mempunyai banyak tarikan kesenian dan kebudayaan seperti Menara Masjid Koutubia yang dibina pada kurun ke-12 dan Jardin Majorelle, taman indah yang dimiliki pereka fesyen terkemuka dunia, YSL dan Jemaa El-Fna. Masa lapang untuk membeli-belah di souk.

Makan: Sarapan Pagi & Makan Malam

HARI KETUJUH: MARRAKESH - ESSAOUIRA

Hari ini kita bergerak menuju ke Essaouira. Essaouira ialah bandar berkubu abad ke-18, dibina mengikut prinsip seni bina moden Eropah. Sejak penubuhannya, ia telah menjadi pelabuhan perdagangan antarabangsa yang utama, menghubungkan Maghribi dan kawasan pedalaman Sahara dengan Eropah dan seluruh dunia. Anda dapat menikmati pemandangan lautan Atlantic yang terbentang luas.

Makan: Sarapan Pagi & Makan Malam

HARI KELAPAN: ESSAOUIRA - CASABLANCA

Berangkat ke Casablanca melalui El Jadida – sebuah perkampungan lama Portugis. Dalam perjalanan kita Aakan singgah di bandar pusat bersejarah di mana terdapat Kubu Mazagan dan tangki Portugis, gereja, masjid besar dan rumah pedagang-pedagang Yahudi dan Portugis dan Pasar Arab. Kemudian, meneruskan perjalanan ke Casablanca.

Makan: Sarapan Pagi & Makan Malam

HARI KESEMBILAN: CASABLANCA - DUBAI

Masa lapang sehingga berangkat ke lapangan terbang untuk penerbangan balik ke tanah air.

Makan: Sarapan Pagi

HARI KESEMBILAN:  DUBAI - KLIA

Ketibaan di Lapangan Terbang KLIA dan membawa pulang kenangan terindah.

PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan pergi balik (30kg)
  • Cukai lapangan terbang dan YQ
  • Cukai Levi Perlepasan G1
  • Penginapan 7 malam di hotel 3*- 4*
  • Makan seperti dalam itinerari
  • Pengangkutan sepanjang perjalanan
  • Tiket masuk lawatan
  • Pemandu pelancong
  • Tipping

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Insurans Perjalanan (AIG 6-10 hari – Superior RM 109)
  • Insurans penerbangan
  • Makan yang tidak dinyatakan di dalam itinerari
  • Selain yang dinyatakan di atas

NOTA

  • Masa penerbangan tertakluk kepada perubahan sebelum berlepas
  • Itinerari tertakluk kepada pindaan bergantung keadaan semasa di lokasi lawatan
  • Kanak-kanak twin share dengan dewasa adalah bersamaan dengan harga dewasa
  • Minimum 20 orang penumpang untuk beroperasi setiap perlepasan
  • Permintaan lanjutan penerbangan akan disahkan secara automatik jika tiada perbezaan tambang dikenakan
  • Pindaan ejaan nama selepas tiket (14 hari sebelum berlepas) surcaj RM 600

TERMA & SYARAT

  • Deposit RM 1000 perpax
  • Bayaran penuh: 45 hari sebelum berlepas
  • Tempahan kurang daripada 45 hari: Bayaran penuh
  • Caj Pembatalan:
  • Lebih daripada 45 hari: Deposit akan dilucutkan
  • 31-44 hari: 50% harga tour dilucutkan
  • 15-30 hari: 75% harga tour dilucutkan
  • Kurang daripada 15 hari: 100% dilucutkan