Umrah Sambut Ramadan 1445H Premium Ekonomi (12H10M)

HARGA: RM11,390
TARIKH: 02 - 13 Mac 2024
PENERBANGAN : MALAYSIA AIRLINES

NOTA PENTING:

  • Semua jemaah wajib membuat pendaftaran di dalam aplikasi Tawakkalna dan Nusuk selewat-lewatnya 10 hari sebelum berlepas
  • Semua jemaah wajib membuat tempahan bagi slot ziarah Raudah dan Umrah di dalam aplikasi Nusuk dan Tawakkalna tersebut
  • Dokumen seperti salinan visa, sijil vaksin dan keputusan PCR Test (jika diminta) perlu diserahkan kepada Mutawif sebelum berlepas untuk urusan daftar masuk bagasi

HARI PERTAMA: KUALA LUMPUR - JEDDAH

Berkumpul di KLIA 1 selewat-lewatnya pada jam 2.00 petang di ruang legar tempat duduk berdekatan Pintu 5 (aras 5). Taklimat dan daftar masuk bagasi. Bertolak dengan penerbangan ke Jeddah. Jemaah berniat Umrah di dalam penerbangan (Miqat Qarnul Manazil). Tiba di lapangan terbang Jeddah (11.40 malam). Bertolak ke Makkah.

Penting:

  1. Jemaah perlu menyediakan dan memegang passport, cetakan visa, sijil vaksin lengkap dan keputusan Ujian PCR (sekiranya perlu) sehingga melepasi kaunter imigresen di Arab Saudi.
  2. Selesai urusan imigresen di Arab Saudi: urusan pembelian kad SIM Arab Saudi (kos atas tanggungan jemaah masing-masing)

HARI KEDUA: MAKKAH & UMRAH 1 (SP, MT, MM)

Daftar masuk hotel di Makkah. Berkumpul di lobi hotel pada waktu yang akan dimaklumkan oleh mutawif untuk melaksanakan Umrah yang pertama. Balik dan berehat di hotel. Sarapan pagi di hotel. Berkumpul di lobi hotel pada waktu yang akan dimaklumkan oleh mutawif untuk aktiviti ziarah di dalam kawasan Masjid. Makan tengahari. Aktiviti bebas. Makan malam. Aktiviti bebas.

Penting: Tempah slot Umrah 2 mengikut waktu yang dimaklumkan oleh mutawif (Selepas Ziarah Masyair Al- Haram atau waktu yang dicadangkan oleh mutawif)

HARI KETIGA: MAKKAH & UMRAH 2 (SP, MT, MM)

Sarapan pagi di hotel. Berkumpul di lobi hotel pada jam 7.00 pagi. Ziarah Masyair Al Haram.

a) Ziarah dari luar sahaja: Arafah, Mudzalifah, Mina, Jabal Thur dan Bukit Hira’.

Jemaah berniat Umrah di Masjid Ja’ranah (Bagi jemaah yang ingin melaksanakan umrah bolehlah memakai pakaian ihram) dan berkumpul di lobi hotel pada waktu yang akan dimaklumkan oleh mutawif untuk melaksanakan Umrah yang kedua. Makan tengahari di hotel. Aktiviti bebas. Makan malam di hotel. Aktiviti bebas.

Penting: Jemaah dimohon untuk membuat tempahan slot Umrah 3 mengikut waktu yang ditetapkan oleh mutawif (selepas ziarah ke Taif atau seperti yang dicadangkan mutawif)

HARI KEEMPAT: MAKKAH & UMRAH 3 – TAIF (SP, MT, MM)

Sarapan pagi di hotel. Berkumpul di lobi hotel pada jam 7.00 pagi. Bertolak ke Taif. Ziarah ke:

a) Masjid Abdullah bin Abbas, Kilang Minyak Bunga Ros dan Pasar Buah-buahan (turun jika dibenarkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi).
b) Ziarah dari luar sahaja kecuali jika mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa Arab Saudi untuk turun: Masjid Adas, Masjid Kuu’ dan Sad Ikrimah.

Makan tengahari di Restoren Nasi Arab. Jemaah berniat Umrah di Miqat Qarnul Manazil bagi yang ingin melaksanakan Umrah. Berkumpul di lobi hotel mengikut waktu yang akan dimaklumkan oleh mutawif untuk melaksanakan umrah yang ketiga.

HARI KELIMA: MAKKAH (SP, MT, MM)

Sarapan pagi di hotel. Aktiviti bebas.

HARI KEENAM: MAKKAH - MADINAH (SP, MT, MM)

Sarapan pagi. Jemaah diminta untu mengumpul bagasi di lobi hotel pada jam 9.00 pagi. Tawaf Wada’. Berkumpul di lobi hotel pada jam 1.00 petang. Daftar keluar hotel di Makkah. Bertolak ke Madinah dengan menaiki bas. Daftar masuk hotel di Madinah. Aktiviti bebas. Makan malam di hotel.

Penting: Ambil maklum perkara yang perlu diberi perhatian selepas Tawaf Wada’ seperti yang akan dimaklumkan oleh mutawif

HARI KETUJUH: MADINAH (SP, MT, MM)

Sarapan pagi di hotel. Berkumpul di dataran masjid pada waktu yang akan dimaklumkan oleh mutawif. Ziarah di dalam kawasan Masjid Nabi:

a) Ziarah dari luar sahaja: Raudhah, Baqi’ dan Thaqifah Bani Sa’idah.

Makan tengahari di hotel. Aktiviti bebas. Makan malam di hotel. Aktiviti bebas.

Penting: Ziarah Raudah secara individu bergantung kepada kekosongan slot

HARI KELAPAN: MADINAH (SP, MT, MM)

Sarapan pagi di hotel. Berkumpul di lobi hotel pada jam 7.00 pagi. Ziarah ke:

a) Masjid Quba’, Bukit Uhud dan Ladang Kurma.
b) Ziarah dari luar: Masjid Qiblatain dan Masjid Tujuh (Khandaq).

Makan tengahari di hotel. Aktiviti bebas. Makan malam di hotel. Aktiviti bebas.

Penting: Ziarah Raudah secara individu bergantung kepada kekosongan slot

HARI KESEMBILAN: MADINAH (SP, MT, MM)

Sarapan pagi di hotel. Berkumpul di lobi hotel pada jam 7.00 pagi. Ziarah ke:

a) Masjid Quba’, Kubu Kaab al-Asyraf dan Kubu Urwah bin Zubair (turun jika dibenarkan oleh pihak penguatkuasa di Arab Saudi)
b) Ziarah dari luar sahaja: Telaga Uthman, Masjid Jumaat, Bukit Thanniyyatul Wada’.

Makan tengahari di hotel. Aktiviti bebas. Makan malam di hotel. Aktiviti bebas.

Penting: Ziarah Raudah secara individu bergantung kepada kekosongan slot

HARI KESEPULUH: MADINAH (SP, MT, MM)

Sarapan pagi di hotel. Berkumpul di lobi hotel pada jam 7.00 pagi. Ziarah ke:

a) Masjid Quba’ dan Telaga Iziq (turun jika diberi kebenarkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi)
b) Ziarah dari luar sahaja: Kilang Al-Quran, Universiti Madinah dan Wadi Aqiq.

Makan tengahari di hotel. Aktiviti bebas. Makan malam di hotel. Aktiviti bebas.

Penting: Ziarah Raudah secara individu bergantung kepada kekosongan slot

HARI KESEBELAS: MADINAH (SP, MT, MM)

Sarapan pagi di hotel. Jemaah diminta untuk mengumpul semua bagasi di lobi hotel pada jam 9 pagi. Aktiviti bebas. Makan tengahari di hotel. Berkumpul di lobi hotel pada jam 12 tengahari untuk daftar keluar hotel. Aktiviti bebas. Berkumpul di lobi hotel pada jam 5 petang. Bertolak ke lapangan terbang antarabangsa Madinah pada jam 5.30 petang untuk balik ke Malaysia.

HARI KEDUA BELAS: MADINAH – KUALA LUMPUR (KLIA 1)

Tiba di KLIA lebih kurang 1.10 petang.
Nota: SP (Sarapan Pagi), MT (Makan Tengahari), MM (Makan Malam)

HOTEL

a) Makkah: Safwah Hotel atau setaraf di Safwah/Makkah/Zamzam Tower (Jarak: Lebih kurang 50m | 4-5 bintang)
b) Madinah: Al Andalus Hotel, Abraj Taba atau setaraf (Jarak: Lebih kurang 150m–350m | 2-3 bintang) *anggaran jarak adalah dari dataran masjid

PAKEJ TERMASUK

  • Mutawwif atau Tour Leader dari Malaysia
  • Tiket penerbangan antarabangsa kelas Ekonomi dari KLIA (2 Hala: KUL-JED & MED-KUL)
  • Pengurusan visa ziarah dan Insurans di Arab Saudi
  • Pengangkutan bagi Umrah, Ziarah Makkah, Ziarah Madinah dan 3 kali ke Masjid Quba
  • Ziarah Taif dan Makan Istimewa (Nasi Arab)
  • Makan seperti dinyatakan (hotel) atau secara bungkus (caterer luar)
  • Air Zamzam 5L bagi setiap seorang (tertakluk kepada kebenaran kerajaan Arab Saudi)
  • Set Bagasi Umrah (1 bagasi besar, 1 bagasi kecil, bag sandang dan buku panduan umrah)
  • Insurans berkumpulan Takaful Ikhlas Kembara Umrah & Hajj (asas) bagi 80 tahun ke bawah

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Tiket masuk ke tempat lawatan (sekiranya perlu)
  • Kos pembelian simcard di Arab Saudi
  • Kos saringan RTK-Ag Professional atau PCR di Malaysia, vaksin atau caj penyediaan dokumen (sekiranya perlu)
  • Kos kuarantin di negara yang dilawati dan kuarantin kendiri apabila pulang ke Malaysia
  • Kos yang tidak dilindungi insurans kelompok dan persendirian bagi visa umrah atau visa ziarah
  • Denda dan caj yang dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi di atas pelanggaran peraturan
  • Caj penghantaran bagasi dan dokumen
  • Kos perubahan tambang pelancongan dan kos-kos kontigensi yang lain
  • Lain-lain aturcara selain dari tentatif
  • Kos lebihan bagasi dan perbelanjaan peribadi di hotel
  • Perkhidmatan pengalihan barang di lapangan terbang dan di hotel
  • Sebarang perubahan kadar matawang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api
  • Makan minum semasa transit selain yang dinyatakan
  • Insurans persendirian
  • Check-in awal atau check-out lambat

NOTA

  • Setiap jemaah wajib membawa telefon bimbit (smartphone) yang boleh menggunakan aplikasi Nusuk
  • Tentatif dan set makanan adalah tertakluk kepada perubahan semasa
  • Tempahan, pembayaran penuh dan penyerahan dokumen visa perlu dilakukan selewat-lewatnya 2 bulan
    sebelum penerbangan (2 Januari 2024) bagi mengelakkan pembatalan tiket secara automatik dari syarikat penerbangan dan/atau pertambahan harga bagi urusan pembelian semula tiket penerbangan
  • Pelanggan dinasihatkan untuk mengambil penerbangan domestik yang bersesuaian bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada penerbangan seterusnya
  • Pelanggan turut dinasihatkan untuk mengambil insurans tambahan yang mempunyai perlindungan lebih luas terhadap kesihatan, keselamatan, kerosakan bagasi, penangguhan penerbangan dan lain-lain perkara yang tidak dilindungi oleh polisi insurans yang disediakan syarikat
  • Gambar adalah illustrasi yang diambil dari laman sesawang.
  • Hotel mungkin berubah bergantung kepada ketersediaan bilik (room availability)
  • Pelanggan hendaklah menggunakan bagasi yang disediakan oleh syarikat bagi memudahkan pengurusan dan mengelakkan isu terlebih had muatan. Had muatan bagasi adalah berbeza mengikut jenis penerbangan
  • Kebenaran menunaikan umrah dan lawatan adalah tertakluk kepada kebenaran kerajaan Arab Saudi

CADANGAN SENARAI KELENGKAPAN UMRAH:

TATACARA PERMOHONAN VISA ZIARAH

Jemaah perlu menyediakan dokumen berikut selewat-lewatnya 2 bulan sebelum penerbangan.

1. Salinan passport (softcopy): Passport antarabangsa hendaklah masih sah laku 6 bulan dari tarikh penerbangan dan masih ada sekurang-kurangnya 6 muka surat yang masih belum digunakan.
2. Salinan gambar 4 x 6cm berlatar belakang warna putih dan saiz wajah 80% dari gambar
- Pakaian bukan berwarna cerah dan tidak memakai cermin mata.Wanita wajib mengenakan tudung gelap. Manakala lelaki tidak dibenarkan memakai songkok atau penutup kepala.
- Hanya perlu diserahkan secara digital (softcopy sahaja).
3. Salinan (softcopy) kad suntikan/surat pengesahan suntikan Meningitis ACYW135
4. Warganegara Malaysia

Penting: Hantarkan dokumen di atas sama ada melalui email ke [email protected] atau melalui talian whatsapp 013-6739000.