Visa

India

https://indianvisaonline.gov.in/evisa/tvoa.html

Fi Visa India (Pelancong): RM 305

A. Maklumat yang diperlukan untuk permohonan visa ke India :

  • Salinan muka depan Passport Antarabangsa yang lengkap dan jelas
  • Soft copy gambar saiz passport visa India (2 inci x 2 inci)
  • Borang yang telah lengkap diisi. (Klik di sini untuk borang)
  • Tiket Penerbangan @ Jadual Perjalanan

B. Prosedur :

  • Sediakan semua dokumen seperti di ruangan A. Serahan boleh dibuat melalui email ke [email protected]
  • Buat pembayaran ke akaun EZ Kembara. Tiada pulangan bayaran untuk permohonan visa yang ditolak. Kelulusan adalah bergantung kepada kedutaan India.
  • Salinan visa yang diluluskan akan diserahkan kepada pemohon melalui email sebaik sahaja kelulusan diterima.

Australia

Fi Visa Australia: RM 50

A. Maklumat yang diperlukan untuk permohonan Visa ke Australia :

  • Salinan Passport Antarabangsa
  • Alamat semasa (Rumah @ Pejabat)
  • Email
  • Nombor telefon
  • Tarikh ketibaan di Australia

B. Prosedur :

  • Sediakan semua dokumen seperti di ruangan A. Serahan boleh dibuat terus ke pejabat urusan EZ Kembara atau melalui email ke : [email protected]
  • Pembayaran dibuat sebaik sahaja kelulusan permohonan diterima (tempoh dan kelulusan bergantung kepada sistem)
    Salinan visa yang diluluskan akan diserahkan kepada pemohon melalui email sebaik sahaja bukti pembayaran diterima.

China

Fi Visa China :

Jumlah Fi / Seorang

MasukPermohonan Biasa (4 Hari*)Permohonan Expres (3 Hari*)Permohonan Tergesa (2 Hari*)
Sekali Masuk RM164.20 RM301.30 RM378.40
Dua Kali Masuk RM184.20 RM321.30 RM398.40
Masuk Berulang Kali Selama 6 Bulan RM214.20 RM351.30 RM428.40
Masuk Berulang Kali Selama 12 Bulan RM254.20 RM391.30 RM468.40

*Tempoh proses permohonan tidak termasuk penghantaran dan pengambilan semula di pejabat urusan visa China.

A. Maklumat yang diperlukan untuk permohonan visa ke China :

  • Passport Antarabangsa (asal)
  • Salinan Passport Antarabangsa yang jelas
  • Salinan tiket penerbangan pergi balik
  • Salinan Passport Ibu dan Ayah (Bagi permohonan kanak-kanak di bawah 18 tahun)
  • 2 keping gambar saiz Passport (latar belakang putih)
  • Borang permohonan Visa (Borang V.2013) yang telah lengkap diisi
    Klik di sini untuk download borang visa China.
    (Rujuk contoh borang untuk rujukan mengisi borang permohonan Visa ke China di sini)

B. Prosedur :

  • Sediakan semua dokumen yang diperlukan seperti di ruangan A.
  • Buat pembayaran dan serahan dokumen di pejabat urusan EZ Kembara. Tiada pulangan bayaran dibuat untuk permohonan visa yang ditolak.
  • Passport Antarabangsa (yang telah selesai menerima kelulusan permohonan Visa) boleh diambil semula di pejabat urusan mengikut tempoh yang telah ditetapkan

Apa tunggu lagi? Buat tempahan sekarang!