Tawau - Semporna, Sabah (5H4M)
Harga: Bermula RM 1,690
(TANPA TIKET PENERBANGAN)
HARI PERTAMA: KUALA LUMPUR – TAWAU – SEMPORNA
Berkumpul di ruang legar pelepasan berhampiran Starbucks. Taklimat dan daftar masuk bagasi. Tiba di Lapangan Terbang Tawau. Bertolak ke Semporna. Daftar masuk hotel. Aktiviti bebas
HARI KEDUA: SEMPORNA (SP, MT)
Sarapan pagi. Bertolak ke Tampi-Tampi Resort. Aktiviti bebas mandi-manda di lautan yang terbentang luas di Tampi-Tampi. Resort ini ada menempatkan kedai makan dan barangan runcit di atas air. Sesi ambil gambar di sekitar lokasi. Solat di Masjid pekan Semporna. Lawatan seterusnya ke pusat pelancongan lautan Semporna (Floating) yang menempatkan kedai cenderahati, pemandangan lautan yang dihiasi bot-bot kecil dan Masjid, akuarium lepas dan restoren terkenal dengan makanan laut. Singgah di Pasar Semporna untuk melihat gaya hidup dan pelbagai jualan makanan laut. Balik semula ke hotel.
HARI KETIGA: SEMPORNA – TAWAU (SP, MT)
Sarapan pagi. Daftar keluar hotel. Singgah solat di Masjid Al-Kauthar.
- Masjid Al-Kauthar (Masjid Besar Tawau adalah masjid yang terbesar di negeri Sabah dengan kemampuan untuk menampung dari 16,000 ke 17,000 jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini siap dibina pada tahun 2002 dengan kos mencecah RM31.5 juta. Dua tahun kemudian ianya dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail pada tahun 2004. Dikelilingi oleh lanskap hijau dan juga tanaman berbunga, masjid ini memiliki aura yang sungguh menyamankan. Keserian masjid ini ditambah lagi dengan pemandangan lautan di mana kapal-kapal dan bot nelayan dapat dilihat menyelusuri perairan.
Makan tengahari. Lawatan ke:
- Tawau Waterfront / Tawau Esplanade
Singgah di Tawau Art. Daftar masuk hotel. Aktiviti bebas
HARI KEEMPAT: TAWAU (SP, MT)
Sarapan pagi. Lawatan ke:
- Muzium Koko Teck Guan (dapat melihat bagaimana coklat dihasilkan di depan mata, sejarah penghasilan koko dan pengalaman menikmati rasa asli buah koko. Pengunjung juga boleh mendapatkan minuman coklat yang panas, bar coklat, pop corn koko, popia koko dan bermacam lagi produk berasakan coklat secara terus dari kilang. Makan tengahari di Tawau Cocoa Cafe.
- Pasar Tanjung Tawau (bangunan pasar yang siap dibina pada tahun 1999 ini telah terpilih sebagai pasar tertutup yang terbesar di seantero Malaya) Pengunjung akan dibawa singgah untuk makan malam* di Restoren Sri Titingan Tawau (restoren makanan laut yang terkenal di Tawau). Balik semula ke hotel.
*Kos makan malam adalah tertakluk atas tanggungan sendiri.
NOTA (PILIHAN):
Lokasi lawatan ke Muzium Koko Teck Guan boleh ditukar ke salah satu destinasi berikut tanpa sebarang perubahan harga:
1. The Peaks (18km dari bandar Tawau) yang terletak di atas bukit untuk melihat keindahan panorama bandar Tawau dari kejauhan dan sesi ambil gambar.
ATAU
2. U U Bay Garden Batu Payung
Aktiviti lawatan pilihan di atas adalah pada sebelah petang. Program membeli-belah ke Pasar Tanjung akan dianjak ke waktu pagi. Makan tengahari akan disusun di lokasi berlainan.
HARI KELIMA: TAWAU – KUALA LUMPUR (SP)
Sarapan pagi. Aktiviti bebas sehingga daftar keluar hotel. Bertolak ke Lapangan Terbang
PAKEJ TERMASUK
Harga pakej adalah termasuk tiket penerbangan pergi balik domestik (Kuala Lumpur – Tawau), penginapan (bilik berdua/bertiga) dengan penghawa dingin dan bilik air peribadi, makan seperti yang tertera di dalam itinerari [SP: Sarapan Pagi, MT: Makan Tengahari, MM: Makan Malam], transfer, kenderaan berpenghawa dingin, tiket masuk lawatan seperti yang disebutkan di dalam itinerari, air mineral 1 botol sehari di dalam kenderaan, tisu basah dan cenderahati tradisional kecil daripada syarikat
PAKEJ TIDAK TERMASUK
Pakej tidak termasuk lawatan tambahan, insurans perjalanan peribadi, perbelanjaan peribadi (seperti minuman, cenderahati, dobi, fi kamera, komunikasi perantara, penghantaran, tip-tip, makanan dan sebarang perkhidmatan yang tidak disebutkan di dalam itinerari), daftar masuk awal hotel, daftar keluar lewat hotel dan sebarang caj tambahan pada musim kemuncak atau ketika perayaan (caj tambahan ini akan dimaklumkan ketika tempahan dan sebelum sebarang pembayaran dibuat.)
POLISI KANAK-KANAK
1. Bayi bawah 2 tahun berkongsi bilik dengan dua orang dewasa adalah PERCUMA
2. Kanak-kanak bawah 12 tahun berkatil dan berkongsi bilik dengan satu (1) orang dewasa: 90%
3. Kanak-kanak bawah 12 tahun dengan katil tambahan berkongsi bilik dengan dua (2) orang dewasa: 65%
4. Kanak-kanak bawah 12 tahun tidak berkatil berkongsi bilik dengan dua (2) orang dewasa: 55%
TERMA & SYARAT
- Pakej tertakluk kepada Terma dan Syarat Pembatalan yang terkandung di dalam Akta Pelancongan.
- Harga tertakluk kepada pertukaran yang disebabkan oleh kenaikan kos pengangkutan, kadar hotel, kadar pertukaran mata wang asing, cukai kerajaan dan sebagainya (yang berkenaan).
- Lawatan tertakluk kepada sebarang perubahaan yang disebabkan oleh keadaan cuaca, jalan, jadual penerbangan, ketersediaan bilik, perayaan tempatan atau keagamaan dan lain-lain keadaan di luar jangka. Jadual lawatan mungkin diubah atau digantikan kepada lokasi alternatif dengan notis pendek.
- Waktu normal daftar masuk hotel: 2.00 – 3.00 petang (waktu tempatan)
- Waktu normal daftar keluar hotel: 11.00 pagi – 12.00 tengahari (Waktu tempatan)
- Semua caj bank perlu ditanggung oleh pembayar bagi sebarang pembayaran yang dibuat.
- Semua bilik hotel adalah berdasarkan kategori bilik terendah, naik taraf adalah tertakluk kepada bayaran tambahan.
- Jadual perjalanan pelayaran (jika ada) tertakluk kepada perubahan disebabkan oleh cuaca, paras air pasang dan keadaan operasi tanpa notis awal.
- Caj tambahan untuk kadar bilik pada tarikh puncak bergantung pada kategori hotel yang digunakan
- Harga bagi pakej seorang adalah berbeza dengan harga pakej yang disebutkan di atas. Tambahan harga untuk pakej seorang: RM1300 (waktu normal).
NOTA
Bawa pakaian yang bersesuaian untuk program tertentu seperti di laut, pulau, kolam renang dan mengikut cuaca. Cuaca dan musim di Malaysia sepanjang tahun adalah panas dan hujan. Suhu pada sebelah malam adalah sedikit sejuk berbanding pada siang hari dan ketika di kawasan tinggi. Jalan raya: Masa bergantung kepada cuaca dan keadaan jalan kerana jalan raya kadangkala berbonggol atau sedang dalam pembinaan - hanya anggaran kasar boleh diberikan. Begitupun suasana perjalanan pastinya akan menjadi pengalaman yang manis kerana panoramanya yang indah dan sentuhan suasananya yang pelbagai dan unik.
ISTIMEWA
Bagi mana-mana peserta yang ingin membuat tempahan bagi Pek Istimewa Makanan Laut, sila maklumkan selewat-lewatnya tujuh (7) hari bekerja sebelum tarikh sebarang pelepasan. Tempahan saat akhir akan dikenakan lebihan caj. Kuantiti dan jenis makanan laut bagi setiap pek adalah tertakluk kepada harga dan musim semasa. Pek Istimewa ini akan diberikan kepada peserta ketika hari ketibaan di Lapangan Terbang Tawau.
Pilihan Pek Istimewa Makanan Laut (Normal):
1. Kristal : RM 150
2. Mutiara : RM 250
3. Lobster : RM 350
PEMBATALAN PAKEJ
Bagi sebarang pembatalan pakej yang ingin dibuat oleh peserta atau jemaah, sila semak Terma dan Syarat di laman sesawang: https://www.ezkembara.com/pembatalan-pakej/ atau dapatkan salinan daripada pihak syarikat. Terma dan Syarat Pembatalan Pakej ini akan berkuatkuasa selepas pembayaran deposit atau penuh bagi sebarang pakej dibuat.