Kembara Korban Di Songkhla (Hat Yai) - Pattani – Yala, Thailand (5H4M)

HARI PERTAMA : KUALA LUMPUR – SONGKHLA (HAT YAI) (MM)

Berkumpul di ruang legar perlepasan berhampiran ruang tempat duduk di tepi Restoren Din Tai Fung. Taklimat dan daftar masuk bagasi. Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hat Yai. Taklimat bersama wakil tempatan di ruang ketibaan. Bertolak untuk bersiar-siar dan membeli-belah di Klong Hae Floating Market (25 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hat Yai). Makan malam. Bertolak ke Pattani (Perjalanan lebih kurang 1 jam 40 minit). Daftar masuk hotel.

HARI KEDUA: PATTANI - YALA (SP, MT, MM)

HARI KETIGA: PATTANI – HAT YAI (SP, MT, MM)

HARI KEEMPAT: HAT YAI (SP, MT, MM)

HARI KELIMA : BERTOLAK BALIK KE MALAYSIA (SP)

Pakej Termasuk

Harga pakej adalah termasuk tiket penerbangan antarabangsa (bagasi 20kg), insurans penerbangan, insurans perjalanan peribadi, penginapan (bilik berdua/bertiga) dengan penghawa dingin dan bilik air peribadi, makan seperti yang tertera di dalam itinerari [SP: Sarapan Pagi, MT: Makan Tengahari, MM: Makan Malam], kenderaan berpenghawa dingin, tiket masuk lawatan seperti yang disebutkan di dalam itinerari, sumbangan barang dapur dan peralatan tulis serta air mineral 1 botol sehari di dalam kenderaan.

Pakej Tidak Termasuk

Pakej tidak termasuk harga bagi Qurban (bagi yang membuat pendaftaran Qurban dan menyaksikan sembelihan di lokasi sembelihan) dan fidyah (bagi yang ingin melaksanakan fidyah dan menyaksikan agihan di lokasi), lawatan tambahan, perbelanjaan peribadi (seperti minuman, cenderahati, dobi, fi kamera, komunikasi perantara, penghantaran peribadi, tip-tip, makanan dan sebarang perkhidmatan yang tidak disebutkan di dalam itinerari).

NOTA

  1. Itinerari tertakluk kepada pindaan bergantung keadaan semasa di lokasi lawatan.
  2. Pendaftaran selewat-lewatnya sehingga 29 Februari: Diskaun RM200/seorang
  3. Sumbangan lain yang ingin dibawa, peserta perlu maklumkan pengurusan terlebih dahulu. Bagi sumbangan berbentuk barangan, peruntukan bagasi menggunakan peruntukan bagasi persendirian yang telah ditetapkan 20 kg setiap seorang. Jika ada yang ingin membuat tambahan bagasi, sila maklumkan pengurusan untuk tujuan tempahan atas tanggungan sendiri.
  4. Berkumpul di ruang legar pelepasan berhampiran Starbucks (ruang legar daftar masuk), KLIA2. Selewat-lewatnya 4 JAM SEBELUM BERLEPAS.
  5. Tarikh tutup pendaftaran: 16 Mei 2024 (Khamis) atau sehingga kuota masih ada.

POLISI KANAK-KANAK

  1. Bayi bawah 2 tahun berkongsi bilik dengan dua orang dewasa: 10%
  2. Kanak-kanak bawah 12 tahun berkatil dan berkongsi bilik dengan satu (1) orang dewasa: 95%
  3. Kanak-kanak bawah 12 tahun dengan katil tambahan berkongsi bilik dengan dua (2) orang dewasa: 85%
  4. Kanak-kanak bawah 12 tahun tidak berkatil berkongsi bilik dengan dua (2) orang dewasa: 70%

Terma dan syarat

  1. Pakej tertakluk kepada Terma dan Syarat Pembatalan yang terkandung di dalam Akta Pelancongan.
  2. Harga tertakluk kepada pertukaran yang disebabkan oleh kenaikan tambang kapal terbang, kos pengangkutan lain, kadar hotel, kadar pertukaran mata wang asing, cukai kerajaan dan sebagainya.
  3. Lawatan tertakluk kepada sebarang perubahaan yang disebabkan oleh keadaan cuaca, jalan, jadual penerbangan, ketersediaan bilik, perayaan tempatan atau keagamaan dan lain-lain keadaan di luar jangka. Jadual lawatan mungkin diubah atau digantikan kepada lokasi alternatif dengan notis pendek.

PEMBATALAN PAKEJ

Bagi sebarang pembatalan pakej yang ingin dibuat oleh peserta atau jemaah, sila semak Terma dan Syarat di laman sesawang: https://www.ezkembara.com/pembatalan-pakej/ atau dapatkan salinan daripada pihak syarikat. Terma dan Syarat Pembatalan Pakej ini akan berkuatkuasa selepas pembayaran deposit atau penuh bagi sebarang pakej dibuat